Sunday, December 18, 2011

Bertemu Upin dan Ipin !!!

Assalamualaikum and good night all....

Hmm... Nadiah pasti mesti ramai yang minat dengan Upin Ipin kan, kan, kan??? 
Sebenarnya Nadiah pun minat sangat-sangat...
Kadang-kadang kalau balik kampung and bermalam kat kampung mesti join adik sepupu untuk tengok upin ipin... 

     Okaylah back to the point. Sebenarnya semalam Nadiah dapat jumpa Upin dan Ipin kat Sutera Mall masa bershopping barang untuk school. Bila dengar je Upin Ipin dah sampai, cepat-cepat serbu kat situ..  Tak percaya??? Meh Nadiah tunjukkan gambar...

Sekarang dah percaya kan??? 

Masa ni Nadiah bergambar dengan sepupu. Tak boleh nak ambil sorang-sorang sebab ramai lagi yang nak ambil gambar dengan Upin Ipin. Hmmm... Tak apalah janji dapat bergambar. Betul tak???

Okaylah. Itu sahaja untuk entry hari ni. Assalamualaikum...


A trip to Cameron Highland...

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Hmmm... Lamanya Nadiah tak update... 
Rindu tak??? Okay tak payah jawab. 

          Actually, Nadiah dah lama tak update sebab Nadiah pergi bercuti dengan family ke Cameron Highlands selama 3 hari 2 malam. Happy sangat-sangat.( Macam jakun!!!) Okaylah malas nak cerita banyak-banyak. Entry hari ni memang tak banyak menaip tapi banyak gambar je.Yelah nak tunjuk gambar Nadiah yang cute sangat-sangat tu.(Perasan...) No lah just kidding. Nadiah cuma malas nak menaip sebab kalau menaip confirm ada banyak yang Nadiah cerita.( Macam mak cik yang suka bergosip tu).


Hujan semasa dalam perjalanan ke Cameron Highlands.... Sejuknya dekat dalam kereta.

Tempat pertama yang dilawati di Cameron Highlands... 
TAMAN RAMA-RAMA a.k.a. BUTTERFLY FARM.

Antara rama-rama yang ada kat situ. (Malas nak masukkan banyak gambar rama-rama.)
 
Cactus yang tersusun rapi... Cantik sangat. Harga dia 1 pokok RM5.
@Cactus Point...
Besarnya strawberry tu. Jom makan sama-sama.
@ S'Corner Kea Farm....

Meh naik beca bersama-sama.Tapi bayar kena mahal sikit tau. 
 @Time Tunnel...

Nak order makan apa??? Hehehe... Masak kat dapur lama. Periuk pun dah berkarat.
@Time Tunnel...
Welcome to Cameron Highlands... Endahkan model yang tak berbayar di atas. 

Pemandangan dari Cameron Valley...
@Tea Plantations....

 Banyak strawberi belum masak. So, tak dapat nak petik strawberi. Sedih...
@ Strawberry Farm...
Air pancut yang dikelilingi oleh bunga ros... Cantiknya....
@ Rose Valley...
Okaolah. Thats all yang Nadiah boleh masukkan dalam entry hari ni. Thanks for reading....


 

Friday, December 9, 2011

Jumaat yang permai...

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia you all...

  • Cuti sekolah ni ada pergi mana-mana tak??? Nadiah??? Insya-allah kalau tak ada apa-apa halangan mungkin family Nadiah akan pergi ke Cameron Highland...Bestnya.
  • Okaylah back to the point. Nadiah just nak cerita yang hari ni mama Nadiah ada belanja makan mc donald.
  • Mmmm.... Sedapnya. Alhamdulillah... Terima kasih Ya Allah di atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku.
Prosperity burger!!!

  • Thank you mama sebab belikan mc donald untuk anak mama yang comel ni. Love you mama!!!
Okaylah. Thats all for today. Thanks for reading. Bye... Assalamualaikum...

Tuesday, December 6, 2011

Like Him !!!!!!!

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia...

  • Sorrylah ye kalau tajuk di atas membuatkan korang geli-gelaman or menampakkan kegedikan saya... What do I care.
  • Sebenarnya hari ni saya nak cerita pasal pemain bola sepak Harimau Muda yang paling muda. Umur dia 17 tahun...
  • Siapa lagi kalau tak MUHAMAD NAZMI FAIZ BIN MANSOR!!!! JERSI 21...
  • Dialah pemain bola sepak Harimau Muda yang paling..... comel!!!!!!
  • Suka tengok dia main bola... Kalau nampak dia kat tv, surat khabar or kat mana-mana je, mesti menjerit NAZMI!!! Macam orang gila kat Hospital Bahagia. Hahaha...   
 Comel kan??? Like him very much...

  • Biodata Nazmi Faiz...
 Nama : Muhamad Nazmi Faiz bin Mansor

Nama panggilan : Nami, Nazmi

Tarikh lahir : 16 Ogos 1994

Tempat Lahir : Kuala Lumpur

Asal : Keramat, Kuala Lumpur

Umur : 17 Tahun

Tinggi : 1.67 m

Posisi : Tengah

Pasukan : Harimau Muda

 
 Okaylah. Thats all for today. Thanks for reading. Sorry ye kalau entry hari ni macam gedik sangat. Assalamulaikum... Bye...

Monday, December 5, 2011

Habis periksa...

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia...

Akhirnya, tamat juga peperiksaan SDKA (Sijil Darjah Khas Agama) yang telah Nadiah hadapi pada 29 November-5 Disember... Alhamdulillah... Sekarang tinggal tunggu keputusan keluar je. Tak tahulah apa keputusannya. Bagus ke tak. Harap-harap bagus n boleh dapat pangkat 1.

Insya-Allah. Mungkin boleh mungkin tak. Semua tu Allah yang tentukan. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Betul tak???
Okaylah. Thats all for today. Thanks for reading. Bye... Assalamualaikum...