Saturday, June 23, 2012

When I Was A Kid

Hello. Hello.
Happy Saturday..
Okay..
Hari ni Nadiah nak story sikit
pasal kenangan manis masa kecik-2 dulu..
Korang pun mesti ada kenangan masa kecik kan?
 Kenangan masa kecik la yang paling susah nak lupa.
Betul tak?

When I was a kid :
  • Kalau merajuk je mesti panjat pokok kat depan rumah. Kadang-2 sampai tertidur dekat atas pokok tu. 
  • Suka main dengan barang make-up mama especially lipstick. Kalau pakai lipstick, memang merah menyala la. Auww.. Haha..
  • Suka sangat tengok kartun "Teletubbies", Magic English. Mama ada story. Kalau Nadiah tak boleh tidur malam Nadiah mesti buka CD Magic English and layan cerita tu sorang-2. Tengok tu. Betapa beraninya Nadiah masa kecik-2 dulu. Haha..
  • Suka layan cerita Barney and Friends. And then suka dengan lagu dia yang ni --> I love you, you love me. We're happy family. Lalala~
  • Suka main barbie doll. And tak bagi sesiapa sentuh barbie doll yang paling Nadiah sayang. Okay sampai sekarang Nadiah masih simpan barbie doll tu. Masih ada kat dalam kotak dia. Tak pernah keluarkan. 
  • Sebelum pergi sekolah, Nadiah mesti menangis lagi-2 masa sekolah kat "Nuri".
  • Bila pergi shopping mall mesti main sembunyi-2/ kejar-2 dengan adik. And.. Sampai sekarang masih terbawa-bawa perangai tu walaupun umur dah 14 tahun.
  • Bila nyanyi lagu ABC mesti jadi macam ni"ABCDEFGHIJKELEMENOPQRSTUVWXYZ"

Tu serba sedikit kenangan masa kecik-2 dulu.
Really miss that moments.
Hope, dapat kembali ke masa lalu.
Tapi nak buat macam mana kan?
Hidup perlu diteruskan.
Biarlah ia menjadi kenangan terindah. 
Okaylah..
Tu je untuk hari ni.
Tataa..
Assalamualaikum..




Friday, June 22, 2012

Result exam

Ku susuri,
Malam ini,
Yang tidak berbintang,
Sunyi sepi..
 *Ada orang campak tomato sebab suara tak sedap.
Haha.. 

Hai semua *lambai tangan
Tadi Nadiah pergi ambil result exam kat sekolah.
Macam mana result?
Hmm..
Okay-2 la.
Meningkat jika dibandingkan dengan exam sebelum ni.


 Ni la result exam Nadiah.
6A 2B.
Bukan nak menunjuk kayy..
Just nak berkongsi je.


Actually,
cikgu target Nadiah dapat 5A je.
Tapi dengan takdir Allah
Nadiah dapat 6A.
Alhamdulillah.


Lepas ni, kena tingkatkan lagi.
Nak dapat 8A pulak.
Dah tak boleh nak layan twitter lama-2.
Tak boleh nak fikir pasal crush sangat.
Kena banyak ber-DATING dengan buku.


Hmm..
Okaylah.
Tu je untuk hari ni.
Tataa..
Assalamualaikum..







Sunday, June 17, 2012

I'm not perfect !

Segala kata cacian,
Yang telah engkau berikan,
Membuatku rasa,
Kosong.. Kosong~

Hai. Hai. Hai.
 Semua reader yang dikasihi sekalian.
  
Entry hari agak sensitif.
Korang semua mesti pernah dicaci,
dihina, dikutuk and macam-macam lagi.
Betul tak?
Walau dimana kita berada,
mesti ada orang tak puas hati dengan kita.
Atau lebih dikenali sebagai "HATERS."
Kalau tak silap la.

Actually,
Bukan pasal HATERS yang Nadiah nak cerita.
Tapi pasal kata cacian yang orang pernah bagi kat Nadiah.
Sebagai contoh,
masa ada latihan merentas desa.
 Masa tu Nadiah memang tak lari langsung.
Lari pun sekejap-sekejap je.
And then,
ada salah seorang kawan Nadiah ni kutuk Nadiah.
Kawan?
Kawan FB je.
Kelas tak sama.
Nama dia?
Tak payah mention kayy.
Nak tahu dia kutuk apa?
Dia kutuk
"APA NI? LARILAH. BIAR KURUS SIKIT"
Huh!
Memang sentap habis la masa tu.
Tahulah awak ATLET.
Kuat lari.
Tak payahlah nak cakap orang macam tu.

And then,
kalau balik Terengganu.
Lagi tak boleh tahan.
Kalau dah sampai kat sana je keyakinan diri terus hilang.
Setiap kali balik sana je,
mesti orang sana ulang, ulang dan ulang ayat yang sama.
"BESARNYA. KALAH ______ *nama anak diorang"
*ikut loghat sana
Siapa yang tak sakit hati?
Kadang-kadang rasa macam tak nak balik sana lagi
selagi badan tak kurus. 

NADIAH TAHU NADIAH TAK PERFECT !



 Okaylah.
Tu je untuk hari ni.
Tataa..
Assalamualaikum..







Saturday, June 16, 2012

Merentas desa

Holla.
Selamat hari Sabtu..
Tadi sekolah Nadiah ada buat aktiviti
MERENTAS DESA.
 Actually,
Nadiah memang malas nak pergi.
Tapi disebabkan nak tolong rumah sukan,
nak jumpa kawan and nak jumpa crush.
Nadiah terpaksa pergi.
Hehe..
 Peace with Lina.


Yang depan peace.
Yang belakang tabik hormat.
Okay!
Cun.
Bak kata Ain
"Adik manis."
Haha..


Kami wakil
"SILAT LINCAH"
Hehe..

 2 orang rumah hijau.
2 orang rumah merah.
Sebenarnya rumah kuning pun ada 2 orang.
Tapi sorang lagi kena jadi photographer.


Lina and Novia.


Kalau korang tengok betul-betul.
Semua gambar kat atas tak nampak
macam kitorang semua tengah berlari kan?
Biasalah.
Tak rajinlah nak lari-lari ni.
Buat penat je.
Lagipun dah ramai lari kat depan.

Tak mungkin dapat kejar punya.

Hmm..
Okaylah.
Itu je untuk hari ni.
Tataa..
Assalamualaikum..







Tuesday, June 12, 2012

What Makes Me Happy?

Holla..
Selamat hari Selasa.
Macam mana result exam?
Okay tak?

Nadiah punya kurang okay la.
Bak kata mama Nadiah
"PADAN MUKA. SAPE SURUH TAK BELAJAR BETUL-BETUL."
Yelah.
Memang salah Nadiah.
Tak belajar betul-betul.
*Air mata mulai membasahi pipi 

Eh!
Dah lari dari tajuk pulak.
Hari ni Nadiah nak cerita tentang
 "WHAT MAKES ME HAPPY"
 Bukan "WHAT MAKES ME SAD"
*Buang cerita sedih tu dalam laut
Haha..

WHAT MAKES ME HAPPY?
  • Bila dapat result exam yang tersangat-sangat EXCELLENT. Tapi dah jelas yang result exam bulan lepas kurang excellent. 
  • Dapat buat mama and papa happy.
  • Dapat melancong satu dunia.
  • Dapat buat semua orang happy.
  • Dapat markah free daripada cikgu supaya boleh dapat "A".
  • Dapat aiskrim "MAGNUM" secara percuma.
  • Bila dapat text daripada CRUSH. Mesti tersenyum sorang-2. Macam orang gila..
  • Bila CRUSH senyum kat saya.
  • Dapat lesen motor and dapat motor sendiri. Tak sabar nak tunggu saat ni.
Hmm..
Okaylah.
Tu je untuk hari ni..
Tataa..
Assalamualaikum..






Wednesday, June 6, 2012

Hobi Mengarut

 Heyy!
Selamat hari Rabu semua.

Okay..
Tadi Nadiah sign in Twitter.
Pastu tengok-2 trend kat Twitter.
And then,
ternampak satu trend ni.
Apa trendnya?
Trendnya ialah
HOBI MENGARUT.
Dari situ Nadiah dapat ilham untuk update blog hari ni.
Hehe.. 

Korang semua mesti ada hobi mengarut kan?
Tipulah kalau korang cakap tak ada.
So,
hari ni Nadiah nak share dengan korang pasal
hobi mengarut Nadiah. 


Yang ni hobi mengarut yang biasa-2 je..
  • Suka bercakap dengan cermin.
  • Berbual dengan SimSimi. Pastu bila SimSimi dah start merepek, Nadiah pun ikut merepek macam dia jugak.
  • Dengar dua lagu dalam satu masa.
  • Kalau jalan-jalan, berhenti di setiap kereta untuk tengok cermin and check tudung.
  • Berangan jadi cikgu pastu adik kena jadi anak murid.
  • Kalau tolong mama masak mesti berangan tengah mengacara program memasak. 
  • Berangan buat toturial tudung dekat depan cermin.
  • Cerita pasal crush dekat kucing.  

Yang ni pulak hobi mengarut yang boleh dikatakan
sebagai "KEJAM".
Whahaha.. *Gelak Jahat
  • Suka miss call orang tengah-tengah malam. Terutama sekali crush Nadiah. Hehe..
  • Suka cucuk pinggang kawan sampai dia melatah.
  • Suka sembunyikan pencil box kawan.
  • Cuit bahu kawan pastu tuduh orang lain.
  • Lambai tangan kat seseorg.. Pastu bila dia da balas berlakon macam lambai kat orang yg berdekatan dengan dia..
  • Buat surat cinta pastu letak kat bawah meja kawan. Kononnya kita ni "SECRET ADMIRE" dia.
  • Tutup lampu bilik air bila adik dalam bilik air.. 
  • Pakai telekung pastu sembunyi dekat belakang pintu bilik. Bila adik masuk bilik terus terjah dia. 
Tengok tu.
Banyakkan hobi mengarut Nadiah.
Tu baru SEPARUH.
Belum semua lagi tau.
Malas nak taip banyak-2.
Hehe..
Okaylah.
Itu je untuk hari ni.
Tataa..
Assalamualaikum.
 
p/s : Nadiah memang ada banyak hobi mengarut. Peace (Y)

Monday, June 4, 2012

Holiday at Pulau Pangkor (Part 2)

Hello..
Hari ni nak sambung cerita pasal 
percutian di Pulau Pangkor.


HARI KEDUA!
Hornbill ( Burung Enggang ).
Pagi-2 dah datang kat balkoni bilik.
Sambil tu jadi jam loceng suruh orang bangun.
Haha..

Lepas bagi Hornbill tu makan,
terus siap-2 nak pergi snorkelling kat Pulau Giam.
Untuk pergi ke Pulau Giam,
Kena cari bot dulu.

Sementara tunggu bot,
pergi jalan-jalan tepi pantai tu
And then,
snap gambar
 Peace (Y)


GIAM ISLAND!

 Enjoy main air.
And the best thing is
SNORKELLING.
Dapat tengok ikan-ikan kat dalam air tu.
Ya Allah.
Cantik sangat.
Pastu bagi ikan-ikan tu makan roti.
 Dia siap gigit-2 tangan lagi.
Haha..
First-2 tu memang la geli.
Tapi dah lama-2 tu rasa macam best sangat.
Enjoy sangat-2 masa tu.
 Rasa macam tak ada apa-2 masalah.
Dapat release semua tension.
Lepas puas main air and snorkelling,
terus balik chalet untuk berehat.
Lepas dah berehat puas-puas.
Pergi ronda sekitar Pulau Pangkor naik teksi.
 Petang-2 pulak pergi duduk kat tepi pantai
untuk tengok matahari terbenam.
 Subhanallah.
Cantik sangat-2.
 Tiba-2 teringat kat crush.
Siap berangan nak tengok matahari terbenam dengan dia.
Haha..
Berangan lebih.

 Char Kuey Teow Kerang.
Dinner Nadiah untuk malam tu.
Nadiah siap merajuk nak makan tu.
Gedikkan?
Haha..
Yelah.
Tengah teringin nak Char Kuey Teow
tapi family nak makan makanan seafood pula.
So,
kenalah bungkus.
Thanks mama sebab belikan Char Kuey Teow ni.
Sayang mama.

HARI KETIGA
Time to go home.
Bye-2 Pulau Pangkor.
I will miss you :'(
Snap gambar dengan mama kat dalam feri masa nak balik..
Cuba tengok muka Nadiah.
Muka Nadiah nampak besar kan?
Haha..
Dah tau dah.


Okaylah.
Tu je nak cerita untuk entry
"HOLIDAY AT PULAU PANGKOR"
Malas nak story panjang-2.
Tataa..
Assalamualaikum..
Peace (Y)


Sunday, June 3, 2012

Holiday at Pulau Pangkor (Part 1)

Holla!
Selamat berhujung minggu! 


Okay..
Hari ni Nadiah nak story tentang
percutian Nadiah and family di 
PULAU PANGKOR.

 @Terminal Jeti Lumut

Tiket dari Lumut ke Pulau Pangkor.
RM5.00 untuk kanak-kanak.
RM10.00 untuk dewasa.

Snap gambar kat dalam feri dengan adik.

Selepas hampir 40 minit di dalam feri
akhirnya Nadiah and family tiba di Jeti Pangkor.
Lepas tu, terus cari teksi.
Teksi kat sana lain sikit tau.
Teksi dia bukan kereta tapi van.
Warna pink pula tu.
Auww.. Comel tau.

Tengok tu.
Comel kan?
Haha..

 Tempat penginapan.
Horizon Inn.
Family Nadiah ambil bilik menghadap laut.
So, pagi-2 boleh berangan berdiri dekat balkoni
sambil tunggu prince charming lalu.
Haha..
Pemandangan dari bilik.
 Rasa tenang je bila berdiri kat balkoni.
Dengan angin yang bertiup lembut menyentuh pipi.
What a beautiful life..

Okay.
Itu je untuk entry hari ni.
Tataa..
Assalamualaikum.

p/s : Nadiah akan ceritakan lebih lanjut di "Pulau Pangkor (Part 2)" kayy.. Peace (Y)