Wednesday, February 7, 2018

#NadiahMasukDapur : Brownies

HI. ASSALAMUALAIKUM.

Tengah cuti sem ni memang membosankan kalau tak cari apa apa aktiviti yang menarik untuk dibuat. Rasa cuti tu macam kosong je. Tak produktif. So i decided to learn how to bake the brownies with my aunt. And ada another reason jugak la nak buat brownies tu. Nak bagi BUAH HATI bila naik cuti sem nanti since he loves cake so much. Dia pernah tanya jugak aku pandai bake ke tak. Jadi saja la nak tunjuk kehebatan diri sendiri untuk baking any cakes lol hahahahaha. Masa sekolah dulu aku rajin tau baking ni tapi lama lama jadi malas. Dah tiba masa untuk jadi rajin balik kot. Dah ada reason yang kukuh ni HAHAHAHA.



RESIPI :

40g coklat
15g butter
(Sebatikan dan cairkan double boiled)

100g gula perang
10g gula kastor
4 biji telur
Esen vanilla
(Satukan pakai whisk je)

100g tepung gandum
30g serbuk koko
1ts baking powder
(Ayakkan dulu)



CARA :
1) Bila coklat yang dicairkan suam, masukkan bahan yang yang campur dengan telur tu. Sebatikan guna whisk tu je.
2) Then masukkan bahan tepung. Sebatikan lagi.
3) Bakar 45 min dengan suhu 150 degree celsius.




Tadaaaa. Ni la hasilnya.

Brownies ni senang je nak buat. Antara rajin atau tak je.
SELAMAT MENCUBA!

Sunday, January 14, 2018

#MovieReview AYAT-AYAT CINTA 2

HI. ASSALAMUALAIKUM

It's been so long from my last post in my blog. Almost one year i think? Tetiba hati tergerak balik untuk menaip macam dulu dulu. Alhamdulillah, it's 2018 already. My 2017 was fine. I finished my studies in matriculation & further my degree in UTeM. I'll reach 20 years old for this year. No more teen. Rasa macam dah tua sangat, Ya Allah :') Aku meroyan teruk juga la last year sebab umur bukan belasan lagi hahahahaha. Belum terlambat untuk ucap Selamat Tahun Baru kan ? Hehehehe Semoga 2018 ni lebih baik dari 2017, amin In Shaa Allah.

So untuk first post tahun ni, aku nak bagi review movie yang aku baru tengok siang tadi. Movie apa ? Tengok dekat tajuk atas tu "AYAT AYAT CINTA 2". After 10 tahun, baru keluar sambungannya. Excited juga la bila dapat tahu ada sambungan lagi. Dulu suka sangat tengok Ayat-Ayat Cinta, ulang ulang pun tak bosan. So why not aku tengok sambungannya right?


SINOPSIS :

"Film ini merupakan kelanjutan dari film sebelumnya bercerita Fahri Abdullah (Fedi Nuril) saat ini hidup sendiri di Edinburgh, bersama asistennya Hulusi (Pandji Pragiwaksono). Fahri telah kehilangan Aisha tujuh bulan lalu, saat Aisha menjadi sukarelawan di jalur Gaza. Sejak saat itu Fahri tidak pernah lagi mendengar kabar tentang Aisha.[3]
Fahri terus menunggu dalam kesedihannya yang mendera hatinya. Kesedihan yang coba dia atasi dengan kesibukannya sebagai seorang dosen dan juga pengusaha sukses di kota tersebut. Fahri juga disibukkan dengan kehadiran Misbah (Arie Untung), sahabat lamanya, yang ingin menumpang tinggal bersamanya......" Sambungan

Sorry tak mampu nak type sinopsis sendiri. So baca dekat wikipedia okay tak pun terus tengok dekat pawagam ye. 



Overall, movie ni nice gila. Even ada kekurangan sikit sikit tapi tetap best. Serious. When you need a reason to cry so tengok je movie ni. Semua orang dalam tu akan menangis juga. Korang tak payah malu nak menangis juga okay. Keluarkan je semua air mata tu. Sediakan tisu bebanyak. Aku menangis teruk juga dalam tu. Dah la sorang sorang, tak ada orang nak tolong tenangkan hahahahaha. And aku kagum gila tengok movie ni sebab ada Fazura & Bront Palarae. Macam wow sangat. Bukan biasa biasa tu. 


SELAMAT MENONTON! 

Monday, January 4, 2016

Eksperimen makanan : DDEOKBOKKI

ASSALAMUALAIKUM

Woah. Its been a long time since i didnt update my blog. 2015 was a really busy year for me as a SPM candidate. Ok im done speaking in english. Sorry if there are some mistakes in grammar and so on hehehehe. Oh ya. Aku rasa belum terlambat kot nak ucap Selamat Tahun Baru, Happy New Year. This is my first year bergelar 'bukan budak sekolah' lagi em. So, since dah habis sekolah ni memang kerja tanam anggur jela kat rumah. Makan, layan running man, drama korea, tidur & kalau rajin sikit masak la apa apa. Google kan ada, cari je apa apa resepi kat situ.

Memandangkan aku ni minat korea la kan, aku try la masak ddeokbokki. Ni pengaruh running man & drama korea la ni. Tengok dorang makan macam sedap je. Asal tengok dorang makan mesti terliur *telan air liur*. Dalam banyak banyak makanan korea, ddeokbokki ni la yang paling aku nak makan sebab aku rasa ddeokbokki ni ok kot nak makan. Tak ada rasa pelik, sesuai la untuk tekak orang melayu ni. Dia ada pedas pedas sikit bukan tawar setawar tawarnya. 

Untuk sesiapa yang tak tahu ddeokbokki tu apa, ddeokbokki is known as spicy rice cake or kalau di-translate dalam bahasa melayu kek beras pedas, eh ? Macam pelik je bunyinya. Aku memang tak pasti sebenarnya dalam bahasa melayu dipanggil apa hehehe. Untuk info yang lebih lanjut, boleh la tanya pak cik Google yang acah acah tahu semua benda tu.

Dah nama pun spicy rice cake, tak sah la kan kalau tak ada rice cake. So let we start with how to make the rice cake.   

2 cawan tepung beras
1 sdk garam
Air secukupnya

1. Didihkan air dalam periuk.
2. Gaul tepung dan garam. Masukkan air sikit sikit sambil uli. Uli sampai dia jadi doh & tak melekit.
3. Gelek panjang panjang (bentuk silinder). potong sepanjang jari telunjuk or mana mana yang korang suka. Awas : jangan gelek terlalu tebal, nanti rice cake tu jadi gemuk & dalamnya tak berapa masak.
4. Rebus sampai dia dah timbul, baru boleh angkat.

 Rice cake nya lebih kurang macam ni la.
Aku punya tak berapa nak cantik.
Malu nak tunjuk gambarnya so terpaksa copy dari google hehehe.

  

Second, kuah dia yang yang pedas tu.

Sedikit minyak ( untuk tumis)
2-3 ulas bawang putih
5 biji cili api
Sos cili / tomato - ikut suka, nak letak boleh, tak letak pun tak apa
2 sudu serbuk cili ( jadikan pes) - kalau nak pedas gila gila la

Ayam / daging / isi ketam / sosej / fishcake / tauhu - anything yang korang suka
Lobak merah / sawi / kobis - also anything yang korang suka
air & air rebusan daging (act nak guna air reburan rice cake pun boleh)

1. Blend kering cili api & bawang putih. Tumiskan
2. Masukkan daging/ayam/anything yang korang suka. 
3. Masukkan sos cili/sos tomato & serbuk cili. 
4. Masukkan air mengikut citarasa.
5. Tunggu sampai dia mendidih.
6. Last dah boleh masukkan rice cake dan sayur. 
7. Masak hingga kuah jadi pekat and nampak menyelerakan hihihi




Tadaaa. Lebih kurang macam ni la rupanya bila dah siap or maybe tak serupa langsung macam ddeokbokki yang sebenar. Macam lontong kering pun ada kan ? Hahahaha tak apa la. First time buat kot. Yang penting rasanya sedap, pedas dia mengancam. Dont judge a book by its cover huhuhuhu.

SELAMAT MENCUBA !

Wednesday, June 17, 2015

Ramadhan 2015

ASSALAMUALAIKUM


Esok bersamaan dengan 18 Jun 2015, Khamis, Thursday, kita semua dah mula berpuasa. Alhamdulillah. Masih panjang umur nak jumpa Ramadhan 2015 ni. So, alang-alang nak puasa aku nak share sikit sikit la pasal puasa. Takkan la aku nak share pasal drama korea pulak kan hahaha ok hambar. Ala share benda simple je pun, tak berapa mendalam. Kalau tanya budak darjah 1 pun dia tahu apa jawapannya.

PUASA TU APA ?

Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Tempohnya bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat.


Niat ni penting tau. Tak ada niat, puasa tak sah. Sia sia je nanti.


ANTARA KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
  • Menjana kekuatan rohani dan jasmani.
  • Melatih diri menjadi seorang yang penyabar dan ikhlas.
  • Menimbulkan perasaan keinsafan dan belas kasihan terhadap orang miskin.


AZAM & HARAPAN SEPANJANG BULAN PUASA
  • Tak nak tinggal solat, solat pada awal waktu, tak nak tangguh-tangguh solat
  • Nak khatam Al-Quran lagi
  • Nak puasa penuh macam tahun lepas ihiks
  • Nak buat solat tarawih kalau ada masa lapang, buat solat sunat banyak banyak
  • Rajin bangun malam, buat solat tahajjud, solat hajat, study 
  • Lepas sahur tak nak tidur. Nak try study, tahan nafsu nak tidur, Lagi pun tahun ni nak SPM. Orang cakap kalau study pagi pagi ni senang nak masuk otak ehee
  • Rajin berdoa lepas solat eh bukan lepas solat je, kalau boleh setiap masa. Kan antara doa yang diterima oleh Allah ialah orang yang berpuasa. In Shaa Allah semua doa kita sepanjang bulan puasa ni dimakbulkan. AMIN :)

Puasa tahun ni maybe tak sama macam tahun tahun sebelum ni. Arwah atuk tak ada, arwah angah tak ada. Tak ada peluang dah nak buka sama-sama, ramai-ramai macam dulu. I miss you, atuk & angah. We all miss you :( Semoga tenang di alam sana :') 


Ku mengharapkan Ramadhan,
kali ini penuh makna,
agar dapat ku lalui,
dengan sempurna

Aku nak minta maaf kat semua orang yang kenal aku. Maafkan segala salah silap aku, maaf kalau terkasar bahasa, buat korang kecil hati, sakit hati. Im sorry. 

p/s : Puasa ni dapat turun 3-4 kilo pun jadilah huhuhu



Thursday, January 15, 2015

Ho Chi Minh ( Day 3 )

ASSALAMUALAIKUM


Hari ketiga pergi Sungai Mekong
and for sure lebih best daripada Cu Chi tunnel
No doubt



Bas lebih besar and selesa
member pun lebih ramai
And lebih kurang macam semalam
2 family melayu
1 family chinese
the rest semua omputih


John, our tourist guide
Bukan roti john ok hahaha
Lebih muda daripada yang semalam
lebih comel and ...
cara dia cakap lebih jelas
Senang nak faham




Masa otw tu dapat la tengok sawah padi
Nanti nampak la kubur kat tengah tengah sawah tu
Kubur bekas tuan punya tanah
or pesawah dulu dulu
Kalau tak silap la
Tak berapa ingat
Hehehe



Jeti untuk tunggu bot




Berhenti makan kat satu pulau
Kalau tak silap namanya PULAU PENYU ke apa entah
But kat sana makan buah je
Was was ok



Lastly, kita singgah satu kampung lagi
Kat situ bole la tengok dorang buat gula gula kepala


Madu lebah ni ada jual
But before dorang jual tu dorang akan bagi kita minum teh wangi dengan madu tu
Rasa dia ....
Brrrrr
Siapa yang tak biasa minum teh wangi
Memang tak bole minum
Wangi sangat




Yang paling best kat sini
bila dapat naik sampan sepanjang sungai ni
Tepi tepi ada banyak pokok
Redup, sejuk tenang je
Ehee




Nanti dia ada bawak pergi satu kampung
Dapat makan buah
tengok orang nyanyi nyanyi
Then kena jalan kaki keliling kampung tu sampai jumpa jalan besar
Naik bas
Then balik yeah



Third day makan dekat Hajah Basiroh pulak
Malamnya shopping puas puas
Malam terakhir la katakan
Esoknya nak balik Malaysia dah
Hm sedih

Ok 
Itu je nak cerita pasal holiday kat Vietnam
Nak dekat sebulan baru habis update
Al maklumlah
Busy mengalahkan Perdana Menteri
Kahkah

p/s : Hari keempat malas nak update sebab flight pagi so tak ada benda pun nak cerita haha

Monday, January 5, 2015

Ho Chi Minh ( Day 2 )

ASSALAMUALAIKUM

Hari kedua plan nak pergi Cu Chi Tunnel dengan travel agency. Kat sini memang banyak travel agency. Korang tinggal pilih nak yang mana. Ada yang murah, sederhana, mahal. So bagi yang pergi Ho Chi Minh sendiri without mana mana agensi boleh cari kat sana je. Senang. 




Kenalkan, ni Jackie. Tourist guide kitorang. 
Bukan Jackie Chan ok.
Tu nama panggilan dia je.
Dia orang Vietnam and nama dia tersangat la susah nak sebut
Berbelit belit


Naik bas mini je sebab group kitorang tak ramai
2 family melayu
1 family chinese
Yang lain semua mat saleh
Handsome cantik semua ada


Sebelum pergi Cu Chi tunnel kitorang singgah kat satu tempat.
Tempat untuk orang orang kurang upaya sebab perang zaman dulu
Dia ada cerita dia sebenarnya
tapi aku tak tahu nak ceritakan balik macam mana
Aku bukan minat bab sejarah sejarah ni
Hoho
Kat sini dorang buat kraf tangan
Cantik
Ada yang guna kulit telur pastu buat la corak macam macam
Kat sini camera is not allowed so tak ada gambar sebagai bukti



Saja nak tunjuk mat saleh kat belakang tu handsome
Muehehe






Cu Chi tunnel ni tempat tinggalan sejarah masa perang dulu
So banyak la bekas bom, perangkap musuh
Ada jalan bawah tanah
Bole try jalan kat situ
Best
Hehehe


Tengok filem pendek pasal dorang perang dulu dulu
Orang lain focus tengok
Aku dengan adik aku sibuk tengok mat saleh handsome
LOL





Untuk sesiapa yang minat sejarah ni kan
bole la pergi Cu Chi tunnel ni


Dah sampai area hotel
makan kat restoran Serai lagi la
Omnomnom

Dah habis makan
Balik hotel, mandi, solat
And sambung shopping
Yeay

p/s : Another story in Ho Chi Minh ( Day 3 )

Wednesday, December 31, 2014

Goodbye 2014, Hello 2015

ASSALAMUALAIKUM




2014,
Macam macam yang aku dah lalui

Pahit manis suka duka
Macam mana rasanya tengok orang yang kita sayang gembira
Macam mana rasanya hilang orang yang kita sayang
Terlalu banyak pengalaman yang mematangkan aku
Mengajar aku erti pengorbanan, ketabahan, kesabaran
Allah bagi aku peluang untuk bernafas sepanjang tahun 2014 
bagi aku peluang untuk belajar menjadi yang lebih baik
Alhamdulillah. 
Selamat tinggal 2014. 
Selamat datang 2015.

p/s : Azam 2015 memang berlambak but the main thing, of course nak yang terbaik :)

Monday, December 22, 2014

Ho Chi Minh ( Day 1 )

ASSALAMUALAIKUM

For this year, papa and mama pilih ho chi minh untuk pergi bercuti. Mula mula rasa macam tak nak pergi. Takut tak best apa semua. Dah la selama ni teringin nak pergi Korea, Beijing, Australia. And jujur la aku cakap aku tak pernah tahu Ho Chi Minh tu wujud. Aku tak pernah dengar orang cakap pasal Ho Chi Minh or maybe aku yang tak pernah ambil tahu sebab tak minat. So before pergi tu ada la search kat google pasal ho chi minh ni. Tengok tempat menarik. Then baca la blog blog orang yang dah pernah pergi sana. Main thing kat blog dorang pasal shopping murah kat sana. Bila dah baca pasal shopping, hati pun dah mula rela nak pergi sana, bawa diri and shopping yeay !


Goodbye Malaysia. 
Izinkan aku membawa diri dan hati yang luka ini ke Ho Chi Minh ceh. 

Kitorang bercuti kat sana 4 hari je. 13 - 17 Dec. Flight bertolak pukul 7.05. Duration 1 hour 55 mins. Sampai kat sana pukul 8 lebih. Sekali tengok macam orang tak pandai kira jam je kan haha act masa vietnam lambat 1 jam so kalau kat sini pukul 9, kat sana pukul 8. Haa untung 1 jam.


Sampai je kat sana .... Pergh ramai betul mat saleh. Subhanallah. Handsome handsome kau. Dah la tinggi, ada muscle, mata biru, hijau semua ada la. Rambang mata jadinya hahaha. After dah siap check passport, ambil beg terus keluar airport untuk cari teksi. Masa keluar airport tu memang ramai sangat tunggu kat luar sambil pegang banner, kertas macam tunggu ketibaan artis. So automatically kau akan rasa diri kau macam artis kat situ walaupun banner tu tak ada nama kau lol. 

Masa kat luar tu memang ramai sangat yang akan tawar untuk naik teksi dorang and time tu kau jangan percaya sesiapa. Kalau nak naik teksi, cari teksi ' VINASUN ' sebab teksi ni bermeter so susah la kalau nak tipu kan. Even kalau ada orang tunjuk kad id vinasun pun jangan percaya sebab family aku dah ditipu dengan taktik ni hm. Kau kena tengok teksi tu depan mata baru kau bole percaya. Ok ?


Ni teksi Vinasun yang real. Ada lain merah hijau.


Jalan kat Vietnam ni sama je macam Bandung. Banyak sangat motor. Bersimpang siur. Hon sana sini. Kalau kat Malaysia macam ni, aku rasa dah banyak yang kena maki and banyak yang accident. Tapi orang vietnam ni lain. Dorang jenis macam follow the flow, mengalah and faham sesama sendiri. Semua bawak macam orang pro. Memang terpegun ah tengok cara dorang.


Sampai hotel, tinggal luggage dulu sebab tak bole check in bilik sebelum pukul 2. Sementara tunggu pukul 2 tu, pergi shopping jela sebab dah dekat sangat dengan hotel tu. Jalan kaki je hehehe




Tempat shopping pertama yang dituju ialah jeng jeng jeng 
BEN THANH MARKET. 

Tips untuk shopping kat Ben Thanh market :

1) Kena cekalkan hati and banyak bersabar sebab kat sini memang ramai sangat orang. Nak tak nak kena bersesak sesak and confirm akan kepanasan kat dalam tu. Seeloknya pakai baju yang nipis sikit jangan tebal sangat. Pastikan bawa air mineral

2) Penjual kat sini pandai cakap bahasa melayu sikit sikit. So korang tak payah susah susah nak cakap english melainkan kalau dorang tak faham kalau kita cakap bahasa melayu. Dorang ni jenis yang suka pegang, tarik tangan sambil cakap ' kat sini murah murah akak. and bla bla bla ' sampai kita pun bole naik rimas haha

3) Dorang bukan je terima duit Vietnam Dong (VND) tapi dorang pun terima duit USD and RM. Kalau nak beli apa apa barang kena pandai tawar menawar. Tawar separuh harga. Kalau dorang tak bagi buat buat macam nak pergi kedai lain sampai dorang setuju dengan harga yang kita tawar tu hehehehe. Family aku berjaya bila guna taktik ni.

4) Tawar harga bila dah betul betul berkenan dengan barang tu. Dorang akan kejar and tarik tangan kita bila kita dah tawar tapi kita tak jadi beli. Jangan main main dengan dorang tau. Dorang kalau dah geram, kita bole rasa dia cengkam tangan kita agak kuat sampai kita pun bole rasa sakit huhuhu

5) Kat sini memang terlalu banyak pilihan jadi kena pandai pandai pilih la ye. Barang dorang lebih kurang sama je. Jangan sampai kena tipu tak pun menyesal beli something sebab terjumpa yang lebih cantik kat kedai lain haha



Dekat luar market tu ada orang jual air kelapa 
so kalau rasa macam panas sangat baik minum air kelapa. 
Biar sejuk sikit badan tu and sambung shopping balik haha

Kat sini terlalu banyak tempat shopping so kalau dah bosan kat Ben Thanh bole pergi Saigon Square. Tak jauh pun. Bole jalan kaki dari Ben Thanh. Nak melintas jalan kat sini memang mencabar. Tak semua tempat ada traffic light, lintasan zebra. Jadi kalau nak melintas kena hati hati ye. Jangan takut takut sebab in shaa allah kalau dorang nampak ada orang nak melintas jalan, dorang akan perlahankan kereta or motor dorang. 





Saigon square ni better sikit dari Ben Thanh sebab tempat dia ada aircond. Agak selesa walaupun ramai orang. Peminat Hello Kitty mesti suka pergi sini sebab ada kedai Hello Kitty yang comel gila gila tu.

Lepas dah penat shopping, masa makan telah pun tiba. Nak cari makanan halal kat sini agak susah. Even kfc, pizza hut dia pun kita jadi was was nak makan. Tapi alhamdulillah ada satu area tu banyak restoran halal. Tinggal pilih je nak yang mana satu. Orang Malaysia selalu makan kat area ni. 





Makanan halal kat sini agak mahal sebab terhad so tak apa la kalau keluarkan duit lebih sikit. Nak buat macam mana kan. Takkan nak kelaparan hehehe tapi aku syorkan korang bawak la maggi cup untuk makan kat hotel. Makan kat kedai sehari sekali. Itu pun kalau nak jimat la ye :) btw makan kat restoran serai ni sedap. Macam makan kat Malaysia pun ada. Pekerja dia pun comel. Bole makan sambil cuci mata hahahaha




Dah siap makan terus check in bilik. Bilik dia best, besar, selesa. Puas hati la. And then rehat rehat jap, mandi, solat, tidur sebab dah pening sangat. Cuaca masa tu panas terik haih. Malamnya pergi shopping lagi. Kali ni kat Ben Thanh night market. Night market ni lebih sempoi sebab kat luar bangunan ben thanh. Lebih luas and senang nak cari barang sebab kedai dia tak sebanyak yang ada kat dalam bangunan ben thanh tu hee.




p/s : Another story in Ho Chi Minh ( Day 2 )