Wednesday, February 7, 2018

#NadiahMasukDapur : Brownies

HI. ASSALAMUALAIKUM.

Tengah cuti sem ni memang membosankan kalau tak cari apa apa aktiviti yang menarik untuk dibuat. Rasa cuti tu macam kosong je. Tak produktif. So i decided to learn how to bake the brownies with my aunt. And ada another reason jugak la nak buat brownies tu. Nak bagi BUAH HATI bila naik cuti sem nanti since he loves cake so much. Dia pernah tanya jugak aku pandai bake ke tak. Jadi saja la nak tunjuk kehebatan diri sendiri untuk baking any cakes lol hahahahaha. Masa sekolah dulu aku rajin tau baking ni tapi lama lama jadi malas. Dah tiba masa untuk jadi rajin balik kot. Dah ada reason yang kukuh ni HAHAHAHA.



RESIPI :

40g coklat
15g butter
(Sebatikan dan cairkan double boiled)

100g gula perang
10g gula kastor
4 biji telur
Esen vanilla
(Satukan pakai whisk je)

100g tepung gandum
30g serbuk koko
1ts baking powder
(Ayakkan dulu)



CARA :
1) Bila coklat yang dicairkan suam, masukkan bahan yang yang campur dengan telur tu. Sebatikan guna whisk tu je.
2) Then masukkan bahan tepung. Sebatikan lagi.
3) Bakar 45 min dengan suhu 150 degree celsius.




Tadaaaa. Ni la hasilnya.

Brownies ni senang je nak buat. Antara rajin atau tak je.
SELAMAT MENCUBA!