Saturday, April 30, 2011

pudding

          

Hari ni kite ade wat pudding perisa honeydew tapi rasenye masam sikit agaknya sebab tak letak gula atauoun susu.Tapi mase masak dah rase.Okey jerk.Bile dah bekukan jerk rase masam.Geramnya.. Tak pelah first time janji dah pandai buat skit2.

Okeylah....Itu saja untuk arie nie.Bye...........

Friday, April 29, 2011

Peningnyer......

          

Tadi masa jaga kaunter pinjaman sekolah,ada dua orang budak ni nak pulang buku.So macam biaselah kena carik kad pinjaman dia dulu pastu kena rekod kat dalam buku pinjaman.Bila cari jerk kad dieorang tak jumpe.Apalagi kecohlah.Yang tu salah kan tu yang tu salah kan ni.Nak selesaikan masalah ni punyelah susah sampai lambat masuk kelas.Nasib baiklah cikgu Geo tak datang kalo cikgu datang habislah nak menjawab.

Okeylah.Itu saya untuk hari ini.Bye.........

Thursday, April 28, 2011

Busy.............

          

Sori yerk kepada semua... Saya dah lama tak update blog sebab saya sibuk sangat2.Yelah nk periksalah katakan jadi kenalah study betol2 supaya dapat markah lebih cemerlang daripada yang lepas...
Saya harap awak semua paham yerk.Mungkin lepas periksa ni saya akan update blog semula......

 Bye.Jgn lupe doakan saya berjaya dlm peperiksaan ni tau.Peace...

Saturday, April 23, 2011

sambungan cerita

          Pada keesokan harinya,Asyura pun membawa cupcake buatannya ke sekolah untuk diberikan kepada Aizam."Aizam,ni cupcake yang awak nak semalam",kata Asyura kepada Aizam."Terima kasih Asyura.Nanti kita makan sama-sama masa rehat ye?",Tanya Aizam."Okey.Nanti saya ajak Afira sekali boleh?",tanya Asyura."Boleh.Saya tak kisah pun.",jawab Aizam.

          Selepas itu,Asyura pun pergi mencari Afira kemudian masuk ke dalam kelas.Semasa waktu rehat..."Afira,jom kita pergi makan ngan Aizam.Pagi tadi dia ada ajak kite makan sama-sama.",tanya Asyura kepada Afira."Okey.Kita tak kisah.Jomlah kita pergi.",jawab Afira sambil tersenyum.

          Kemudian,mereka pun pergi berjumpa dengan Aizam dan rehat bersama-sama sehingga waktu rehat.Semasa berada di dalam kelas mereka pun belajar seperti biasa sehingga tamat waktu persekolahan.Semasa waktu pulang,"Bye Asyura.Kita balik dulu ye.",kata Afira lalu pulang dengan menaiki kereta Toyota Estima yang dibawa oleh pemandu keluarganya.

          Tiba-tiba Aizam menegur Asyura."Hai Asyura.Nanti malam kita gi tngok wayang nak.Kita ade benda penting nak cakap.",tanya Aizam."Apa yang awak nak cakap?",tanya Asyura dengan perasaan yang ingin tahu."Adalah.Saya cuma boleh cakap malam ni jerk.Boleh tak?",jawab Aizam."Saya kena tanya mak saya dulu.Nanti kalo jadi saya telefon awak.

          "Okey.Eh,awak ada 6ber saya ke?",tanya Aizam."Yelah.Saya mana ade 6ber awak.",Jawab Asyura lalu tersenyum riang."Kalo macam tu saya jelah yang ambik 6ber awak.",jawab Aizam."Okey.6ber saye 010-2345678.Okeylah saye balek dulu yerk.Driver saya dah sampai.Bye...",jawab Asyura lalu pulang ke rumah dengan menaiki kereta Mercedes milik keluarganya...

Friday, April 22, 2011

penatnya...

          Penatnya arie nie sebab kene jln kaki dari skola.Tadi masa kat skola cikgu ade wat perjumpaan untuk pengawas perpustakaan jadi terpaksalah stayback sampai tertinggal bas...Sedey sgt mase tu.Yelah kalau tertinggal bas jerk terpaksalah jalan kaki untuk balik.Memang takut sangat2 mase jalan sorang2 tapi nasib baik kawan ku (melanie) hantar kite separuh jalan.Terima kasih banyak2 ye melanie.... 

Okeylah.Tu jerk yang bleh kite cite untuk arie nie.Bye..Peace....

Monday, April 18, 2011

Sakitnya....

          Arie nie kite kena 'injection'(sori ye kalau salah eja)kat sekolah.Rasanya memang sakit sgt2 sampai tangan susah nak gerak.Kalo gerak jerk mesti sakit sgt(tp masih boleh menaip).First tu memang takut sgt2.Semasa kite ngah gi inject sesuatu telah berlaku iaitu (beg kite telah dibongkar) n nasib baiklah kite tak letak duit dalam beg.Masa first time kena bongkar adelah hilang duit dalam RM 11 (duit simpanan).Rasa-rasanya memang daripada kelas kite kot.

 Okeylah kite tido dulu.Bye.... Peace....

Sunday, April 17, 2011

Hajat yang tidak kesampaian

          Semalam,kite n family gi Kota Kemuning,Shah Alam 4 jenguk mak cik kite yg baru lepas bersalin.Ingatkan sebelum gi umah mak cik nak gi I-City sebab nak tngok lampu2 yg ade kat ctu(mcm bdk2 yg ske tngok lampu)...Masa dalam kete rase ngantuk sgt2 so tido lah kjap.Bile dah bgn je tngok2 dah nk sampai kat umah mak cik.....


          Sedey sgt2..........Rase mcm nak jerit dlm kete jerk.Bile nak balik pulak,kite ajak papa ngan mama kite gi KL untk jln2 tp x dpt jgk...... :( Tak pelah.Sabo jelah laen kali bleh gi lagi kan...Okeylah itu saje untuk arie nie.Bye................

Thursday, April 14, 2011

Sambungan...

          Tidak lama kemudian,makan mereka pun sampai.Selepas itu,Asyura pun bertanya kepada Aizam."Aizam,nanti kita singgah kat kedai buku sepupu saya kejap boleh?"."Boleh.Apa nama kedai dia?",tanya Aizam."Nama kedai dia'Nadia's Bookstore',jawab Asyura."Owh.Nadia tu sepupu awak rupenya.Saya pun selalu jugak pergi kedai tu.Nadia tu dulu kawan baik saya masa kat KL",kata Aizam.

          "Owh.Jomlah kite pergi skarang.Saya kena balik sebelum pukul 6 ni.",jawab Asyura.Selepas itu,mereka pun pergi ke kedai buku.Ketika mereka tiba,"Awak nak masuk sekali tak?",tanya Asyura kepada Aizam."Nak.Saya nak beli sambungan novel Cinta Tiada Akhirnya.",jawab Aizam."Owh.Samalah macam saya.Aizim pernah cakap kat saya yang awak pun suka baca buku tu sama macam saya."jawab Asyura lalu masuk ke dalam kedai buku lalu pulang ke rumah.


          Semasa mereka berada di hadapan rumah Asyura."Asyura,boleh tak esok awak bawak cupcake coklat yang macam awak buat masa tu.Saya sukalah cupcake awak.",tanya Aizam lalu tersenyum."Boleh,apa salahnya.Nanti saya buatkan khas untuk awak ok.",jawab Asyura lalu tersenyum manis."Terima kasih.",jawab Aizam.Selepas itu,Asyura pun masuk ke dalam rumahnya.


          "Macam mana keluar ngan Aizam tadi?",tanya Datin Marisa setelah melihat Asyura tersenyum semasa memasuki rumah."Eh mama.Okey jerk.Nanti malam ni Asyura nak guna oven mama boleh tak sebab Asyura nak buat cupcake untuk Aizam.",tanya Asyura."Boleh.Nak mama tolong tak?",jawab Datin Marisa."Tak pelah.Mama rehat jelah kat bilik.Okeylah Asyura masuk bilik dulu ye.",jawab Asyura kemudian masuk ke bilik.


          Selepas membersihkan diri dan menunaikan solat,dia berehat sebentar dengan membaca novel yang baru dibelinya tadi.Selepas tiba waktu maghrib,Asyura pun menunaikan solat maghrib lalu turun ke bawah untuk makan malam.Apabila sudah habis makan,Asyura pun mengemas makanan tadi lalu membuat cupcake untuk Aizam.


Bersambung...

Tuesday, April 12, 2011

durian oh durian...

          Bila musim durian je mesti ada banyak orang jual durian kat tepi jalan....(Memanglah dah mana pun musim buah durian kan).Durian memang sedap sangat2 walaupun baunya kurang menyenangkan.Bagi kite pulak,kite suka durian yang isinya warna kuning pekat sgt2.Okeylah back to the point.Sebenarnya,semalam papa kite ade beli buah durian because kite ngan mama kite tibe2 nak makan durian so papa kite kenalah pergi beli.




          Best sgt2 dapat makan durian sampai termimpi-mimpi.Masa kat sekolah asyik2 teringatkan durian yang ada kat umah.Masa balik sekolah pulak asyik2 nampak kedai durian.Geramnye sampai tak sabar2 nak balik sebab nak makan durian.Sampai rumah je terus melantak.Hahahaha....  

Okeylah.Bye.kite tido dulu yer......

Sunday, April 3, 2011

choral speaking PIBG Sekolah

       Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba(ceh,mcmlah nak ambik keputusan peperiksaan).Sebenarnya bersamaan 3 April ni kelas kite ade buat persembahan choral speaking untuk PIBG Sekolah.

       Sebelum buat persembahan kat atas pentas,kiteorang kena tunggu kat kantin sampailah tiba masanya.First,cikgu jagalah kiteorang kat bawah(yelah kiteorang ni kan nakal sikit).Tak lama kemudian,cikgu terpaksa naik atas untuk mesyuarat(yeye merdeka).

       Masa cikgu tak de kiteorang pun rehat2 tapi kena buat latihan jugak.Mula2 tu okey jerk tapi lame2(bile asyik ulang2 jerk masing2 mulalah buat hal).Ada yang bising bila nak wat persembahan,ada yang tak nak diri dalam baris(ish3 terokkan kiteorang ni).

       Lepas tu adelah yang mula gaduh sampailah cikgu datang.Bila cikgu datang je mulalah buat baik(berlakon je lebih).Bila dah sampai masanya untuk kiteorang buat persembahan,rasa berdebar-debar.

       Yang paling bengang ialah bile kiteorang kena berdiri kat atas pentas tu 15 minit(untuk tunggu YDP abis makan).Penat gila sampai ada yang cakap nak pengsan.


Ni gambar masa kiteorang wat persembahan.


Saturday, April 2, 2011

sambungan...

          Selepas itu,Aizam teru masuk ke dalam biliknya lalu mengakses laman web sosialnya iaitu facebook.Perkara pertama yang dia check ialah notification.Selepas melihat notification itu,dia rasa amat gembira kerana Asyura telah menerima friend requestnya.Kemudian,dia pun membuka kotak chatnya,Asyura kelihatannya sedang online lalu menegurnya.

Aizam     : Hye.Terima kasih sebab terima friend request saya.
Asyura : Sama-sama.Awak tengah wat pe tu?
Aizam  : Saya tengah chat ngan kawan lame saya.Awak pulak?
Asyura : Saya tengah update blog saya ni.Awak dah siap kerja SN?
Aizam  : Dah.Awak?
Asyura : Dah.
Aizam  : Asyura,boleh tak saya nak ajak awak pergi jalan2 petang           ni?
Asyura : Kat mana?
Aizam  : Kat Mid Valley.
Asyura : Okey.Pukul berapa?
Aizam  : Pukul 4 petang ni saya datang rumah awak.
Asyura : Okey.Bye.
Aizam  : Bye.


          Selepas itu,Asyura terus offline.Kemudian,Asyura terus meminta izin ibunya untuk keluar bersama Aizam."Mama,Asyura nak keluar petang ni boleh tak?",tanya Asyura dengan suara yang perlahan."Dengan siapa?,tanya Datin Marisa."Dengan Aizam.",jawab Asyura."Okey,tapi jangan balik lambat sangat tau.",jawab Datin Marisa."Okey.Tq,mama.",jawab Asyura dengan gembira.


          Selepas itu,Asyura terus naik ke atas untuk bersiap-siap.Tidak lama kemudian,Aizam pun tiba.Ting tong,loceng rumah Asyura berbunyi.Datin Marisa pun keluar untuk bertemu dengan Aizam."Eh aunty.Aunty apa khabar?"tanya Aizam lalu menyalam tangan Datin Marisa."Aunty baik jerk.Mak Aizam apa khabar?,tanya Datin Marisa."Mama baik.Mama kirim salam kat Aunty.",jawab Aizam."Waalaikumsalam.Aizam tunggu sini kejap ye.Aunty nak panggil Asyura jap."kata Datin Marisa.


          Tidak lama kemudian,Asyura pun keluar bersama Datin Marisa."Okeylah aunty.Kiteorang gi dulu ye?,"kata Aizam lalu menyalam tangan Datin Marisa."Okey.",jawab Datin Marisa."Mama kiteorng pegi dulu ye.",kata Asyura lalu menyalam tangan ibunya.


          Selepas itu,mereka terus pergi ke Mid Valley dengan menaiki kereta Ferrari milik Aizam.Selepas tiba,Aizam terus mengajak Asyura ke sebuah restoran kegemarannya."Asyura,jom pergi restoran kegemaran saya.Saya belanja.",kata Aizam."Okey.Kalau awak nak belanja saya ikut je.",jawab Asyura lalu berjalan bersama Aizam ke restoran kegemaran Aizam.

          Semasa tiba di restoran itu,mereka terus duduk di tempat yang disediakan."Owh.Awak suka gi restoran ni ye.Saya pun suka pegi restoran ni.",kata Asyura."Iye ke.Jadi saya tak rugilah bawak awak gi sini.Awak suka order apa kat sini?",tanya Aizam."Saya suka makan chicken chop kat sini.Awak pulak?",tanya Asyura."Saya pun sama.",jawab Aizam.Kemudian,mereka terus mengambil order.


Bersambung...

Friday, April 1, 2011

cerita di sekolah...

         
Tadi kat sekolah ada buat latihan untuk coral speaking untuk PIBG Sekolah hari ahad nie so tak payah belajar.Penat jugak wat latihan tu sampai hilang suara.Macam manalah suara tak hilang,asyik2 ulang jerk.Pastu asyik2 kena marah ngan cikgu BI…
Mase MT lagi best sebab cikgu tak mengajar so kiteorang pun buatlah kerja masing2 iaitu main wawasan 2020 n I menang.best sgt…