Tuesday, May 27, 2014

Biar - Hani & Zue



Kau hadir membawa seribu hikmah
Mewarna senyuman yang kian pudar
Mengenal erti sebuah persahabatan
Menerima baik buruk seorang teman

Pengubat luka rindu dan kasih sayang
Memberi semangat dan harapan

Tanpa ku sedari kau tertinggal di hati
Tiada ku menduga rasa ini kan hadir
Maafkanlah aku bukannya niatku 
untuk mencintaimu Semua ini tiba-tiba

Berikanlah ku peluang
Untuk jadi yang terbaik untukmu
Takkan aku kecundang
Selagi kau bukan milikku

Biar, biar, biar aku menunggu
Sampai habis nanti semua hayatku

Tanpa ku sedari kau tertinggal di hati
Tiada ku menduga rasa ini kan hadir
Maafkanlah aku bukannnya niatku 
untuk mencintaimu Semua ini tiba-tiba

Biar, biar, biar aku menunggu
Sampai habis nanti semua hayatku
Biar, biar, biar aku tertunggu
Cinta tulus ikhlas dari hatimu
 
p/s : Suka tengok Hani and Zue. Comel. Suara sedap. Hee :)
 
 

Saturday, May 17, 2014

Perempuan Lindungan Kaabah


 

SINOPSIS

PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.

Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir

“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez

Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.

“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan

Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?
p/s :
"Kalau mahukan Saidina Ali, 
diri sendiri hendaklah menjadi Saidatina Fatimah"
In Shaa Allah


 

Wednesday, May 7, 2014

Sixteen


Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to Nadiah,
Happy birthday to me ..
 
 
 3 May
Birthday girl
Hihihi
Alhamdulillah
Im sixteen
 
 
 
 
Tadaaa
Thanks for the present everybody
I love it
 
Thanks juga untuk sesiapa yang wish
Kat FB, twitter, wechat, whatsapp and macam macam lagi
Malas nak list
Hehehe
 
p/s : Birthday tahun ni tak semeriah tahun lepas hm but sokaylah im still happy