Friday, January 13, 2012

Hati Terbuka sesi 2011

Holla.
Assalamualaikum...
Macam mana sekolah? Okay tak?


Hari ni sekolah Nadiah ada buat Hari Terbuka bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2011. Nak tahu result Nadiah?


Scroll ke bawah ya...
l
l
l
l
l
l
l
l

> Bahasa Melayu - 82% ( A ).
> Bahasa Inggeris - 69% ( B ). Kureng pandai dalam BI.
> Sejarah - 80% ( A ). Cukup makan je.
> Geografi - 72% ( B ). Sikit je lagi nak dapat A. Huhuhu...
> Pendidikan Islam - 91% ( A )
> Matematik - 68% ( B ). Banyak careless mistake.
> Sains - 84% ( A ). 
> Kemahiran Hidup - 80% ( A )

Ni lah result Nadiah. Okey tak? Nadiah cuma dapat 5A 3B. Yelah, Nadiah tak sepandai korang sume ( merendah diri ). Kalau nombor dalam kelas, Nadiah dapat nombor 1+2 = (3). Nadiah dapat nombor 3 je.

Orite, sampai di sini saja entry pada hari ni. Assalamualaikum...
PEACE ( Y )..

p/s : Kalau nak dapat keputusan yang baik belajar bersungguh-sungguh ya!!!



Tuesday, January 3, 2012

Back to school!!!

Chak !!!
Assalamualaikum...
Kenapa,terkejut??? Tetiba je Nadiah update blog.Jangan terkejut. 
Nadiah dah lama tak update sebab tak tau nak update apa+malas. Hehehe...
Pejam celik, pejam celik kita dah masuk tahun 2012. Alhamdulillah... 
Semoga tahun 2012 ini membawa lebih banyak kebaikan berbanding tahun 2011. Amin!!!

Weyy, esok dah nak sekolah. 
Mesti semua dah ready kan???
Same like me!!! Pas sikit. Give me 5!!! Hehehe...


       Tak sangka tahun ni Nadiah dah masuk Form 2... Cepat betul masa berlalu. Rasanya macam baru je masuk Form 1. Tup tup dah masuk Form 2. Hmmm... setahun je lagi nak menghadapi PMR. Takutnya. (Bercakap dengan gaya gedik.) 

       Excitednya nak pergi sekolah. Nak jumpa teman untuk bergossip. Lepas ni mesti Nadiah akan lebih banyak berdating dengan buku daripada laptop. Dengan ini Nadiah ingin menyanyikan sebuah lagu khas untuk semua yang akan naik sekolah.


Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa rakan-rakanku
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik sekolah oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik sekolah (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kedatangan ku nanti
# Nyanyi dengan suara katak...

Okaylah. Itu sahaja untuk hari ni. Thanks for reading... Assalamualaikum. Peace (Y). 
Nadiah ucapkan...

WELCOME BACK TO SCHOOL!!!
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!!