Wednesday, June 17, 2015

Ramadhan 2015

ASSALAMUALAIKUM


Esok bersamaan dengan 18 Jun 2015, Khamis, Thursday, kita semua dah mula berpuasa. Alhamdulillah. Masih panjang umur nak jumpa Ramadhan 2015 ni. So, alang-alang nak puasa aku nak share sikit sikit la pasal puasa. Takkan la aku nak share pasal drama korea pulak kan hahaha ok hambar. Ala share benda simple je pun, tak berapa mendalam. Kalau tanya budak darjah 1 pun dia tahu apa jawapannya.

PUASA TU APA ?

Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Tempohnya bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat.


Niat ni penting tau. Tak ada niat, puasa tak sah. Sia sia je nanti.


ANTARA KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
  • Menjana kekuatan rohani dan jasmani.
  • Melatih diri menjadi seorang yang penyabar dan ikhlas.
  • Menimbulkan perasaan keinsafan dan belas kasihan terhadap orang miskin.


AZAM & HARAPAN SEPANJANG BULAN PUASA
  • Tak nak tinggal solat, solat pada awal waktu, tak nak tangguh-tangguh solat
  • Nak khatam Al-Quran lagi
  • Nak puasa penuh macam tahun lepas ihiks
  • Nak buat solat tarawih kalau ada masa lapang, buat solat sunat banyak banyak
  • Rajin bangun malam, buat solat tahajjud, solat hajat, study 
  • Lepas sahur tak nak tidur. Nak try study, tahan nafsu nak tidur, Lagi pun tahun ni nak SPM. Orang cakap kalau study pagi pagi ni senang nak masuk otak ehee
  • Rajin berdoa lepas solat eh bukan lepas solat je, kalau boleh setiap masa. Kan antara doa yang diterima oleh Allah ialah orang yang berpuasa. In Shaa Allah semua doa kita sepanjang bulan puasa ni dimakbulkan. AMIN :)

Puasa tahun ni maybe tak sama macam tahun tahun sebelum ni. Arwah atuk tak ada, arwah angah tak ada. Tak ada peluang dah nak buka sama-sama, ramai-ramai macam dulu. I miss you, atuk & angah. We all miss you :( Semoga tenang di alam sana :') 


Ku mengharapkan Ramadhan,
kali ini penuh makna,
agar dapat ku lalui,
dengan sempurna

Aku nak minta maaf kat semua orang yang kenal aku. Maafkan segala salah silap aku, maaf kalau terkasar bahasa, buat korang kecil hati, sakit hati. Im sorry. 

p/s : Puasa ni dapat turun 3-4 kilo pun jadilah huhuhu