Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul


Selamat pagi.
 
 
Salam Maulidur Rasul :)
 
 
 Rasulullah bersabda, yang bermaksud :
" Sesungguhnya yang membacakan satu selawat kepadaku,
nescaya Allah akan berselawat padanya sebanyak sepuluh kali,
dihapuskan sepuluh kesalahan dan diangkat pangkatnya sepuluh darjat. "
( Riwayat Ibn. Abi Syaibah )

Satu selawat boleh bagi kita banyak kelebihan.
Marilah kita meluangkan sedikit masa dengan berselawat :
 
 
p/s : Jangan selawat masa Maulidur Rasul je. Kalau boleh selawat hari2. In Shaa Allah dapat semua kebaikan tu :D


 

Saturday, January 19, 2013

Cubaan bunuh diri ?


* Cerita Hari Rabu * 

Pukul 1.45 petang
Habis sesi pembelajaran dalam kelas. 2.00 petang start koko. So, Nadiah and kawan2 Nadiah pi solat kat surau sementara tunggu pukul 2. 

Pukul 2 petang
Start koko. Tu perjumpaan pertama untuk Kelab Perpustakaan. So, buat perlantikan. Masa perlantikan tu Nadiah rasa macam nak demam. Rasa macam sejuk semacam walaupun masa tu panas terik * tak ada kena mengena dengan tajuk pun *

3 petang
Tengah bincang pasal aktiviti yang nak dijalankan sepanjang tahun 2013. Tetiba.. Salah sorang daripada kawan Nadiah menjerit " Eh, jangan terjun. Jangan terjun. Cikgu ada orang nak bunuh diri " Punya kecoh masa tu. Semua murid tengok orang yang tengah ke hulu ke hilir kat atas bangunan tu * depan sekolah Nadiah ada rumah flat * Cikgu2 pun dah tengok. Ada murid cakap orang tu nak ambik angin je. Ada yang cakap orang tu tengah berlakon. Bila tengok orang tu dah mula jalan kat hujung2 bangunan and duduk, berdiri, duduk, berdiri macam orang sembelit cikgu terus menjerit " Yelah. Orang tu nak bunuh diri. Telefon polis. Telefon polis. " Pastu lari2 macam orang hilang anak. Okay. Itu tipu. Jangan percaya. After that, cikgu terus call polis. Semua murid2 and cikgu2 asyik tengok orang kat atas tu. Wayang free beb. Tajuknya " Orang yang ingin bunuh diri di Villa Kristal " Haha. 

Tak lama lepas tu, polis and bomba pun sampai. Nino Nino Nino * bunyi kenderaan bomba * Lebih kurang je tau. Beberapa orang polis terus naik tingkat atas sekali. Tingkat 20. Tempat orang tu tengah ke hulu ke hilir and duduk, berdiri, duduk, berdiri. 
And then, polis and bomba tu berjaya pujuk orang tu. Gediknya orang tu. Nak kena pujuk2 plak. Macam budak2. Haha.


First time tengok orang nak bunuh diri yang real punya.
Selama ni dapat tengok kat TV je.
 
 Berita ni masuk surat khabar Metro.
Popular Villa Kristal.
Hoho.

p/s : Agak2 kalau orang tu terjun apa jadi ek ?




Sunday, January 13, 2013

Typo. Typo. Typo.


Hi.
Happy Sundae.
* Typo yang dibuat-buat *

Nampak tak apa yang pelik kat atas.
Sunday jadi Sundae.
Orang bijak cakap typing error.
And then, dia akan cakap.
Yang betul ialah Happy Sunday. 

Orang terlebih bijak cakap "TYPO. TYPO.TYPO"
Pastu bahan tak henti2.
Termasuk Nadiah.
Nadiah pun suka bahan orang yang typo ni.
Kadang2 sampai orang tu rasa macam nak bunuh Nadiah time tu jugak.
Haha.

Kadang2 typo ni la yang dapat tarik perhatian ramai orang.
Dia pelik and unik.
Tak pernah dibuat orang.

  Apa motif pekerja Econsave tulis macam tu ?
Nak tarik lebih ramai pelanggan untuk beli maybe.

 Rasanya berapa harga bangla tu ek ?
Haha.

Thanks for reading.
Tataa.
Assalamualaikum :)


p/s : Teringin nak makan Sundae lepas typo tadi. Hewhewhew.

Saturday, January 5, 2013

First day school in 2013 ^^


Hai.
Happy Saturday :)
Hmm. Hari ni Nadiah nak share dengan korang semua about first day school in 2013.
First day school ?
Cehh. Macam first time pergi sekolah.
Jakun macam budak2 baru masuk darjah satu right ?
Haha.
6.00 pagi 
Mama tersayang kejutkan Nadiah. Lepas bangun je terus mandi, solat and siap2 nak pergi sekolah. Masa tengok cermin. Nampak seorang gadis memakai baju sekolah dan tudung sekolah. Hati terdetik 'Comelnya budak kat dalam cermin ni' *perasan* Tapi pagi tu tudung cari pasal. Dia tak nak bentuk betul2 *tiup tudung* Lama jugaklah betulkan tudung tu. Tapi dia tetap serabai. Kfine. Penat and geram. Terus biarkan tudung tu serabai.

6.45 pagi
Salam mama. Masuk sekolah. Masuk sekolah je terus cari kawan2. Ronda sana. Ronda sini. Tak jumpa dorang pun. Ya Allah. Mana dorang ni ? Terus gelabah. Takut duduk sorang2. Rasa awkward sangat. Macam first time sekolah kat situ. Tak lama lepas tu kawan2 Nadiah dah sampai. Fuhh. Lega sikit. After that, kitorang terus pergi dewan sebab ada perhimpunan.

8.00 pagi
Masuk kelas. Masing2 cari kawan. Nak duduk sama2 la katakan. Yelah. Kalau duduk dengan kawan memang best. Boleh gossip2. Boleh ketawa2. Macam2 boleh. Duduk dengan kawan ni memang ada banyak kelebihan. First tu, Nadiah duduk dengan Hazimah. Berbual sekejap. Cari gaduh dengan dia. Ketawa2. Lepas guru kelas masuk terus senyap. Lantik ketua and penolong kelas. After that, cikgu cakap cikgu nak atur tempat. What ? Kena tukar tempat ke ? Huhh. I hate it. Tapi bila dah tukar tempat duduk. Hate tu berubah jadi love. My crush duduk kat sebelah I la. Hahahahahahaha *pengsan*

9.50 pagi
Masa untuk rehat. Lepas sampai kat kantin je. Ya Allah. Ramainya. Rimas la kalau macam ni. Nak beli makanan pun susah. And then, cepat2 beli makanan. Pastu duduk kat pondok. Yeahh ! Lega sikit. Kalau dah berkumpul dengan kawan2 mesti ketawa kuat2, gossip2. Rindu sangat2 nak duduk berkumpul dengan dorang macam tu.

10.10 pagi
Masuk kelas and belajar macam biasa. Tetiba dengar cite ada kelas tambahan. Kena balik 1.40 petang. First day school pun ada kelas tambahan. Ini tidak adil *hentak meja* Ingatkan kelas tambahan start bulan 2 nanti. Tak pun minggu kedua ><

1.05 petang
Loceng. Loceng berbunyi. Semua budak form 2 and form 4 dah balik. Nadiah just tengok dorang dengan perasaan sedih. Nak balik jugak. I'm hungry :'<

1.40 petang
It's time tu go home. Yeah2 *dancing* Balik je bas tak ada. Ya Allah. Macam2 dugaan. Tudung tak betullah. Kena tukar tempat. Ada kelas tambahan. Perut lapar. Hmm :( So, terus balik jalan kaki dengan Hazimah. Jalan pun macam orang tak bermaya. Dengan panas terik lagi.

2.00 petang
Sampai rumah terus melantak. Haha.

Okay.
That's all for this entry.
Tataa.
Assalamualaikum :)

  
p/s : Jadual budak form 3 ni memang padat ><

Tuesday, January 1, 2013

2013. Memories. Wishes.


Hey. Hey. Hey.
 * Lambai tangan *


Selamat Tahun Baru.
Happy New Year :D


 Ya Allah.
Cepatnya masa berlalu.
Walaupun dah masuk tahun baru..
Some memories will never fade.
No matter sweet or sad memories :')

New year. New memories. New wishes. New dreams. New me :)

Ya Allah. 
Maafkan segala dosa2ku dan keluargaku. 
Panjangkanlah umurku dan keluargaku Ya Allah. 
Murahkanlah rezekiku dan keluargaku Ya Allah. 
Ya Allah Ya Tuhanku. 
Berikanlah kesihatan yang baik setiap masa kepadaku dan keluargaku. 
Jadikanlah ku dan keluargaku orang yang rajin bertakwa kepadaMu Ya Allah. 
Jadikanlah aku dan adikku anak2 yang solehah. 
Sesungguhnya, hanya padaMu aku bermohon. 
Amin.

p/s : 2013, please be nice with me ^^