Saturday, January 19, 2013

Cubaan bunuh diri ?


* Cerita Hari Rabu * 

Pukul 1.45 petang
Habis sesi pembelajaran dalam kelas. 2.00 petang start koko. So, Nadiah and kawan2 Nadiah pi solat kat surau sementara tunggu pukul 2. 

Pukul 2 petang
Start koko. Tu perjumpaan pertama untuk Kelab Perpustakaan. So, buat perlantikan. Masa perlantikan tu Nadiah rasa macam nak demam. Rasa macam sejuk semacam walaupun masa tu panas terik * tak ada kena mengena dengan tajuk pun *

3 petang
Tengah bincang pasal aktiviti yang nak dijalankan sepanjang tahun 2013. Tetiba.. Salah sorang daripada kawan Nadiah menjerit " Eh, jangan terjun. Jangan terjun. Cikgu ada orang nak bunuh diri " Punya kecoh masa tu. Semua murid tengok orang yang tengah ke hulu ke hilir kat atas bangunan tu * depan sekolah Nadiah ada rumah flat * Cikgu2 pun dah tengok. Ada murid cakap orang tu nak ambik angin je. Ada yang cakap orang tu tengah berlakon. Bila tengok orang tu dah mula jalan kat hujung2 bangunan and duduk, berdiri, duduk, berdiri macam orang sembelit cikgu terus menjerit " Yelah. Orang tu nak bunuh diri. Telefon polis. Telefon polis. " Pastu lari2 macam orang hilang anak. Okay. Itu tipu. Jangan percaya. After that, cikgu terus call polis. Semua murid2 and cikgu2 asyik tengok orang kat atas tu. Wayang free beb. Tajuknya " Orang yang ingin bunuh diri di Villa Kristal " Haha. 

Tak lama lepas tu, polis and bomba pun sampai. Nino Nino Nino * bunyi kenderaan bomba * Lebih kurang je tau. Beberapa orang polis terus naik tingkat atas sekali. Tingkat 20. Tempat orang tu tengah ke hulu ke hilir and duduk, berdiri, duduk, berdiri. 
And then, polis and bomba tu berjaya pujuk orang tu. Gediknya orang tu. Nak kena pujuk2 plak. Macam budak2. Haha.


First time tengok orang nak bunuh diri yang real punya.
Selama ni dapat tengok kat TV je.
 
 Berita ni masuk surat khabar Metro.
Popular Villa Kristal.
Hoho.

p/s : Agak2 kalau orang tu terjun apa jadi ek ?