Monday, August 27, 2012

Iklan comel

Hai budak awesome.
* Lambai tangan sambil kenyit mata sebelah *

Malam ni Nadiah nak share dengan korang semua pasal " IKLAN COMEL "
You know ? Iklan comel. Iklan yang boleh buat kita tersenyum.
Kita takkan jemu tengok iklan tu.
Macam yang Nadiah share dalam post-2 sebelum ni Nadiah suka tengok iklan
" 100 PLUS KHAIRUL FAHMI CHE MAT "
 But, malam ni Nadiah bukan nak share pasal iklan tu tapi " IKLAN RAYA TM "

Korang semua tahu iklan tu kan ?
Siapa suka tengok iklan tu ?
Give me 10.
Yeah ! Kita sama.
Nah kuih semperit.
* Hulur balang kuih semperit *

Ni iklan yang kita semua boleh tengok kat TV


Last sekali, dalam iklan tu ada tulis kita boleh sambungannya di 

Korang semua boleh tengok sambungannya kat situ.
Best tau.

Okaylah. Tu je untuk malam ni.
Tataa.
Assalamualaikum
 




Saturday, August 25, 2012

Raya 2012

Hai budak comel and budak handsome.
*Lambai tangan*

Macam mana raya tahun ni ?
Best tak ?
Mesti korang semua dapat banyak duit raya kan?
 Kalau banyak tu jangan lupa belanja Nadiah tau.
Haha..

Okay.
Macam yang Nadiah share dalam post sebelum ni.
Nadiah pergi beraya kat Terengganu.
 
 On the way nak balik kampung.
Ni muka Nadiah lepas nangis.
Kenapa Nadiah nangis ?
Hmm. Sebenarnya sebelum nak balik kampung tu papa Nadiah ada marah Nadiah.
Alah ! Marah sikit je.
Tak tahu macam mana boleh nangis.
BUDAK GEMBENG la katakan.
Hehe.
 
1. Muka beria nak pergi beraya.
2. Muka happy bila dapat ambil gambar kat tepi sawah padi.
 3. Tenung masa depan dengan future crush. Haha..

Raya kedua just duduk kat rumah.
Tengok tv, makan kuih raya banyak-2.
Nyanyi dengan adik, berangan, tengok orang lalu lalang kat depan rumah.
Sungguh membosankan.
Tak berani nak beraya kat rumah jiran-2 kat situ.
Bukan kenal pun.
 Lagi pun, sepupu semua tak ada. Tak ada siapa nak temankan.

Muka happy nak balik Johor.
Yeah-2 ! Balik Johor.
*Dancing*
 Btw, cuba tengok gambar ni betul-2.
Nadiah ada lesung pipit yang tak berapa nak jadi tu.
Hehe..

KUIH SEMPERIT.
Kuih kegemaran Nadiah.
Nyum-2.
Hai future husband. 
Saya harap awak pandai buat kuih semperit kayy.
 Haha..

Kbye. Assalamualaikum






Thursday, August 16, 2012

Raya Oh Raya ~

Selamat hari raya,
Hari untuk kita bersuka ria,
Pabila syawal menjelma,
Hari raya disambut dengan gembira.
Lalalala ~
* Nyanyi sambil main bunga api *
 
Hai budak-2 awesome.
Dah ready untuk menyambut hari raya ?
Kalau dah jerit " Yes!! "

Hmm.. Nadiah pun dah ready.
Semalam baru betul-2 ready untuk raya.
Yelah. Mentang-2 minggu exam. Tak terasa nak raya pun.
Exam ? Nadiah trial PMR ke ?
Haha.. No la. Ujian penggal ke-2 je.
Nadiah baru form 2 kayy.
Belum masuk form 3.
Tapi crush Nadiah la budak form 3.
No. No. Maksud Nadiah EX-CRUSH.
And tak lama lagi future crush Nadiah pun budak form 3.
Ehem-2 ! Mohon terasa.
 * Pengakuan berani mati *
Haha..

Btw, korang semua raya kat mana ?
Nadiah balik kampung kat Terengganu.
Na na na na na Ganu Kite.
* Turn on lagu Ganu Kite *
 Raya ketiga nak balik kampung Pontian pulak.
Papa bagi ke tak bagi ke.
Tetap nak raya kat Pontian jugak.
Betul tak mama ? Mama sokong Nadiah kan ?
Raya kat Pontian best.
 Boleh raya kat banyak rumah. Kebanyakkannya dah kenal.
Terengganu ? Kadang-2 sepupu pun tak kenal.

Kuih raya tahun ni.
Semua buat sendiri tau.
Tak beli kat kedai pun.
Nak rasa ? Datang la rumah =D


Baju raya.
See ! Ada dua pasang je.
Korang semua mesti ada tiga empat pasang kan ?
Sebab tu la Nadiah cakap tahun ni tak terasa nak raya pun.
Lagi satu Nadiah ni memilih sangat.
Tak nak ada manik, tak nak kain chiffon, tak nak tu la, tak nak ni la.
Cerewet kan ?
Well ! That's me.
* Flip tudung *
 Disebabkan Nadiah ni cerewet yang teramat sangat, mama yang belikan baju ni.
Tak bagi Nadiah pilih sendiri.
Kalau pilih sendiri memang tak beraya la tahun ni.
Hehe..

Hmm.. Rasanya baru je kita semua berpuasa.
Tup. Tup. Dah nak raya.
Cepatnya masa berlalu.

Owh ye !
Nak share sikit ni.
Sepanjang bulan Ramadhan ni Nadiah suka tengok iklan ni


Nadiah suka tengok iklan ni sebab muka orang kat dalam iklan ni
sama macam Ex-crush Nadiah. Boleh lepaskan rindu kat dia.
Uhuk-2. Kepada sesiapa yang kenal siapa Ex-crush Nadiah confirm perasan
muka diorang sama. Sama sikit je. Tak banyak pun.
Siapa yang perasan tu memang terbaiklah.
Nah choki - choki satu.
* Hulur choki - choki *

 Akhir kata,
Nadiah nak ucapkan..


Tataa.
Assalamualaikum 

p/s : Jangan lupa bagi Nadiah duit raya tau. Hehe.. (Y)






Sunday, August 5, 2012

Kuih raya ~

Hai budak comel and budak handsome !
* Lambai tangan sambil kenyit mata sebelah *

Alhamdulillah.
Dah cukup 16 hari kita semua berpuasa.
 Hope kita semua dapat berpuasa sampai akhir Ramadhan.
Amin.

Owh ye !
Tadikan Nadiah tolong mama Nadiah buat kuih raya.
Cepatkan ?
Owh well ! Tak salah kalau nak buat cepat-2.
Lagi pun semua bahan dah ada kat rumah.
So buat jelah.
 
 Biskut arab


BAHAN - BAHAN :
3/4 cawan gula ising
3/4 cawan minyak sapi 

1 sudu makan susu tepung
2 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam halus

HIASAN :
Ceri merah yang di potong halus

 
CARA - CARA :
  • Satukan minyak sapi dan gula ising dalam mangkuk adunan
  • Kacau sebati dengan senduk kayu
  • Masukkan baking powder, susu tepung dan garam halus. kacau sebati
  • Masukkan pula tepung gandum, sedikit demi sedikt sambil di gaul dengan tangan sehingga membentuk doh
  • Rehatkan doh dalam peti sejuk selama 20min.boleh start panaskan oven pada 175 C
  • Keluarkan doh. ambil satu sudu kecil doh..dan bentuk bulat2
  • Buat sehingga habis.hiaskan dengan hirisan ceri merah di tengahnya
  • Bakar selama 20min atau sehingga masak

See ! Nadiah rajinkan ?
Hai crush ! Saya ni rajin buat kuih tau.
Kalau awak terima saya, awak boleh jimat duit awak.
Bila raya tak payah beli kuih raya kat kedai. Mahal. Kita boleh berjimat.
Haha..
 
Btw,
Malam ni Lee Chong Wei vs. Lin Dan kan ?
 Hope Lee Chong Wei boleh menang.
Go Chong Wei ! Go Chong Wei !
* Jerit sambil lompat-2 and pegang pom-pom * 

Okay la. Tu je untuk malam ni.
Tataa..
Assalamualaikum :)








Thursday, August 2, 2012

I will move on ..

Hai semua.
Entry hari ni khas untuk orang yang dah bagi Nadiah semangat untuk move on
and buang rasa sedih sebab kecewa dengan Mr. Hero.

Thanks untuk kawan-2 yang dah bagi Nadiah semangat untuk terus move on.


Thanks Novia !
Nasihat awak sangat dihargai.
Tapi.. Kite memang takkan lupakan dia.
Kite akan tetap sayangkan as a friend not a crush.


Thanks Sharifah !
Kite setuju sangat dengan awak.
InsyaAllah.
Kalau ada jodoh kite bukan setakat couple dengan dia tapi kahwin dengan dia. 
Takdir Allah kan ?
Tak ada siapa boleh ubah.

 Thanks Farah !
Kite akan ingat pesan awak tu.

Nadiah akan kuat.
Nadiah yakin Allah, family Nadiah and kawan-2 Nadiah akan sentiasa ada di sisi Nadiah.
InsyaAllah.
Nadiah akan stop menangis sebab dia.
Berhenti menaruh harapan and berhenti kecewa.
 
After this, Nadiah akan cuba untuk sayangkan dia as a friend.
Nadiah nak jadi sahabat dia.
Sahabat yang sentiasa ada di sisi dia sama ada masa susah or senang.
Nadiah akan sentiasa doakan yang terbaik untuk dia.
Yes ! I promise.


Itu je untuk hari ni.
Tataa..
Assalamualaikum :D






Wednesday, August 1, 2012

A story ..

Credit to : My awesome boy, Mr. Hero ( MH )
 

Hai awak ! Entry hari ni khas untuk awak, orang yang dah curi hati saya. Ni dah masuk kali ketiga saya update pasal awak. Tapi awak tak pernah ambil tahu kan ? Okay fine. Saya tak kisah pun. Ni blog saya. Saya luahkan separuh perasaan saya kat sini. Tak kisah la awak baca ke tak. Tapi saya tetap nak update pasal awak.

24 February 2012 ~ Our first conservation and.. Kita berdua jadi kawan. Bagi saya awak dah jadi kawan saya. After a few day, I started fallen in love. Fallen in love ? Yup. I fallen in love with you my awesome boy =D

5 March 2012 ~ The day when we walked together in the drizzle and talked face to face for the first time. Awak ingat tak ? Ha ? Tak ingat ? Hmm.. Okay. Tak apa. Biar saya je yang ingat tarikh tu. Sampai sekarang saya still ingat tempat tu. If saya lalu tempat tu saya akan teringat kat awak and tersenyum sorang-2. That place full with memories with you. Saya still ingat apa yang awak cakap hari tu. Yes ! Saya ingat semua yang jadi masa hari tu. 

After a few weeks, awak mintak number phone saya. Pastu awak text saya. And pernah satu malam tu awak call saya. Lalala ~ I feel like... Wah ! Betul ke awak yang call saya ni ? Macam tak percaya tau. 

Lepas tu kita makin rapat. Rapat kat FB and Twitter. Entahlah. Saya rasa selesa sangat dengan awak. Saya always stalk FB and Twitter awak. Sampai la satu hari... Bila saya nak stalk FB awak... Saya tak boleh bukak FB awak. Tidak ! Awak dah block saya ke ? Ya Allah ! Frust sangat masa tu. And then saya minta tolong kawan-2 bukak FB awak. Kawan-2 saya cakap diorang pun tak boleh bukak FB awak. Hmm.. Saya terus frust memanjang macam orang hilang anak awak tau. Hari-2 saya try bukak FB awak tapi tetap tak boleh. Pastu saya try tanya awak pasal FB awak. Awak cakap awak dah deactived FB awak. Fuhh ! Lega sangat. Ingatkan awak dah block saya.

After that saya berhubung dengan awak melalui Twitter. Kita still berkawan macam biasa. Masuk bulan Jun, kita stop ber-tweet and start DM. Tu pun sebab awak yang mulakan dulu. Saya tak pernah terfikir nak DM ngan awak. You makes me super duper happy =D Sometimes saya pernah terfikir nak luahkan perasaan saya ni kat awak tapi... Saya takut dikecewakan. So, saya terus pendam perasaan tu sorang-2. Sampai satu hari awak tanya siapa crush saya. OMG. Perlu ke saya terus terang dengan awak ? So, saya try bagi tahu perkara yang sebenar. Tapi... Awak buat tak tahu je. Awak just gelak. Hmm.. Awak ingat saya main-2 ke ? Rasa macam nak ketuk-2 je kepala awak tu dengan tukul besi. Orang tengah serius. Awak main-2.

After a month, awak makin berubah. Awak tak sama macam dulu. Awak macam nak jauhkan diri dari saya. Every night, saya berdoa kepada Allah supaya sampaikan salam rindu saya kat awak. Sebelum tidur, saya tengok gambar awak and baca semua text awak. Lepas dah buat semua tu baru saya boleh tidur.

29 July 2012 ~ Saya excited nak bukak Twitter. Manalah tahu awak ada DM saya. Tapi... Bukan itu yang saya dapat. Yang saya dapat ialah berita yang awak dah ada GIRLFRIEND *Turn on lagu Patah Seribu* Air mata saya terus mengalir. Tiba-2 saya terdengar ada orang nyanyi lagu Sudah Cukup Sudah. Seriously, semua orang kat rumah saya tak dengar lagu tu. Tapi saya dengar. Jelas sangat. Emosi saya terganggu masa tu. Kepala saya rasa berat sangat. Macam nak pengsan. 

Saya rasa baru semalam saya kenal dengan awak. Baru semalam saya bergurau dengan awak. Baru semalam saya on the phone dengan awak. Baru semalam awak text saya. Baru semalam awak senyum kat saya. Baru semalam awak panggil saya BUDAK KECIK, PANDA and SAYANG. Baru semalam awak tanya saya sayang awak ke tak. And baru semalam awak cakap awak nak belanja saya makan aiskrim magnum. Saya tak sangka awak dah jadi milik orang lain. Cepat betul masa berlalu. I will miss all the sweet moments with you.

Lepas tu, saya terus solat Isyak and cuba untuk tidur. Tapi tak boleh. Air mata saya terus mengalir sampai saya tertidur sendiri. Pukul 3 pagi, saya tersedar dari tidur. Saya dengar lagu Dejavu - Shila Amzah and air mata saya masih mengalir. Hanya Allah yang tahu perasaan saya masa tu. 

Esok pagi bila saya sampai sekolah saya still menangis. Saya tak boleh tahan air mata saya tu daripada terus mengalir. Kawan-2 saya pun mula risau tengok saya masa tu. Kawan-2 saya nasihatkan saya supaya lupakan awak. Hmm.. No ! Saya takkan lupakan awak. Saya takkan lupakan awak selagi saya tak jumpa orang yang sama macam awak. Petang tu, saya duduk sorang-2 and fikir balik apa yang kawan saya cakap. And then saya buat satu keputusan. Saya takkan lupakan awak. Saya akan tetap sayangkan awak as a friend. Saya takkan lupakan awak camtu je. Saya nak jadi kawan awak yang sentiasa berada di sisi awak sama ada masa senang or susah. Yes ! I promise. I'll become your friend forever. 

Saya akan kuat hadapi semua dugaan sebab saya tahu. Bila Allah menduga saya maknanya Allah sayangkan saya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Saya akan kuat sebab saya tahu Allah, family saya and kawan-2 saya akan sentiasa ada di sisi saya. 

Hai girlfriend baru Mr. Hero. Saya harap awak akan jaga dia sebaik mungkin. Jangan pernah sakitkan hati dia. Saya tahu awak yang terbaik untuk dia sebab tu dia pilih awak. Please jaga dia baik-2 kayy. Saya tahu awak boleh buat dia bahagia.

My last word for you. I WILL MISS YOU. You're my awesome boy, my Mr. Hero and crush saya yang paling saya sayang. Thanks sebab pernah buat saya happy and buat saya rasa dihargai walaupun sekejap. Please jangan lupakan saya. Jangan buang saya dari hidup awak. Just accept saya sebagai kawan. If awak tengok aiskrim magnum, awak akan ingat kat saya. Saya janji.. Saya akan sentiasa ada di sisi awak and sayang awak forever. Bukan sayang as a crush macam dulu tapi as a friend. Saya akan sentiasa doakan yang terbaik untuk awak. Bila awak happy, saya pun happy. InsyaAllah. =')