Thursday, September 4, 2014

Jerawat

ASSALAMUALAIKUM

DAHI - Jerawat di dahi ini kemungkinan disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Oleh itu, amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.

HIDUNG - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut yang melampau dan sistem penghadaman anda bermasalah. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi. Oleh itu, berhati-hati ek bagi kaum wanita.

DAGU - Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyaktoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN - Fungsi paru- paru mungkin tidak normal

p/s : Jerawat memang musuh utama untuk semua perempuan