Sunday, June 29, 2014

Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM


"Tinggalkan cinta makhluk di bulan mulia ini. 
Sebaliknya, kejarlah cinta Ilahi. 
Banyakkan beribadat. 
Moga Allah redha.
In Shaa Allah"

p/s : Time puasa macam ni ramai betul budak retweet foodporn kat twitter. Apa motif dorang sebenarnya ek ?

Tuesday, June 24, 2014

Hikayat Cinta Si Pematah Hati

ASSALAMUALAIKUM


SINOPSIS

 WARFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki…

RAYYAN RAIQARL... lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang!

“Betul… saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la…”
“Sorry… saya dah ada kekasih.”
“Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia.”
“Hah?”

Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun… dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati.

Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati?

“Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene...”
“Apa makna…”
“Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak.”

 

Friday, June 20, 2014

Pengorbanan

ASSALAMUALAIKUM

Cinta tak semestinya memiliki 
sebab kalau kita cintakan seseorang tu
kita mesti sanggup berkorban apa saja untuk dia
walaupun melibatkan kebahagiaan kita sendiri

Jika kita cintakan dia
tapi dia tak cintakan kita,
atau kita cintakan dia dan dia cintakan kita
tapi ada orang lain lebih perlukan dia,
kita terpaksa serahkan dia pada seseorang yang layak

Dan bila kita dah lepaskan dia,
kita kena reda dan ikhlas
tengok dia bahagia dengan orang lain,
kita sayang dia kan ?
kita kena buat dia bahagia
walaupun dia bahagia dengan orang lain
dan bukannya kita
kita juga kena doakan kebahagiaan dia

Satu hari nanti
kita akan rasa kebahagiaan kita sendiri
dengan kita lihat dia bahagia
sebab keikhlasan kita selama ni

Bukan senang untuk lepaskan seseorang
Jadi kita kena cuba perlahan lahan,
biasakan diri kita dengan situasi tu,
kuatkan semangat,
Banyakkan berdoa,
dekatkan diri kita dengan Allah swt,
In Shaa Allah
kebahagiaan tu akan datang pada masa yang tepat,
sama ada kita akan berjumpa dengan orang lain
atau pun dia akan kembali kepada kita ...

p/s : Kalau dah jodoh takkan ke mana. Perancangan Allah adalah yang paling indah

Monday, June 9, 2014

Monday

ASSALAMUALAIKUM

Memandangkan sekarang minggu cuti sekolah, semua pelajar sekolah akan ambil kesempatan untuk bangun lambat termasuk la tuan kepada blog yang tak berapa nak best and cantik ni haha. Lepas solat subuh confirm sambung tidur balik. Tapi bagi sesiapa yang nak belajar jadi isteri mithali tu bole la biasakan diri tak tidur lepas solat subuh ok. Orang tua tua suka tau tengok anak dara yang jenis tak tidur lepas subuh ni. Confirm bole masuk dalam list menantu pilihan dorang hehehe. 

Act hari ni kawan kawan aku datang rumah. Nak buat homework katanya. So bila orang nak datang mestilah sediakan makanan or apa apa yang bole dimakan kan. Takkan nak suruh dorang tengok muka aku biar kenyang or suruh dorang telan perabot kat rumah tu. Ye tak ? Jadi aku dengan semangatnya pergi masakkan spagetti untuk dorang. Excited tu jangan cakap la. Rasa macam nak masak untuk keluarga mertua je. Fikir nak buat spagetti paling sedap di dunia. Sampai barang depan mata pun aku tak nampak.




Ni la antara bahan yang guwa guna tadi

Orang kata masak spagetti ni senang je. Yela dia punya sos dah readymade. Kau tinggal tambah apa apa yang patut untuk jadikan dia lebih sedap. Lebih kurang macam sardin. Tak ada la kuahnya kosong je. Nanti nampak sangat yang kau tu pemalas. Aku cakap betul ni. Tak tipu tau haha. Lagi satu nak masak spagetti ni tak ambil masa yang lama. Dia cuma akan jadi lama bila kau sibuk nak ambil gambar macam aku ni. Jakun punya pasal. Hoho

Setelah sekian lama berperang kat dapur sambil dibantu oleh mama tercinta and resipi dari internet, inilah hasilnya ...


Tadaaa
Ni la rupa spagetti guwa
Memang tak serupa spagetti kot
Warna dia tak merah
And aku tak tahu di mana silapnya
Huhu
But nasib baik rasanya sedap hingga menjilat jari
Kawan kawan guwa siap tambah tau
Terharu seh
Tak sia sia usaha aku berperang kat dapur tu

p/s : Lepas ni bole la masak kan spagetti untuk someone special yeay *lompat bintang*

Tuesday, June 3, 2014

Letih

ASSALAMUALAIKUM

Letih sebenarnya 
asyik fikir apa orang cakap pasal kita,
asyik fikir nak jaga hati orang,
nak tampal senyum tapi dalaman hancur,
cuba untuk gapai bahagia tapi terlalu payah,
dah tersangatlah letih
dengan perasaan sendiri.

 Aku cuba berhenti,
dah lihat sekeliling aku,
apa yang aku rasa,
apa yang aku fikirkan cuma kau.

Tipu kalau aku cakap aku tak rindu,
tipu kalau aku cakap aku tak fikirkan kau,
tipu kalau aku cakap aku tak menangis,
bila aku rindukan kau,
rindukan kita,

Aku doa kau bahagia,
tanpa aku,
tanpa kita,
aku doakan,
aku janji.

Aku akan cuba,
untuk lupakan kau,
walaupun aku tahu,
dalam hati aku,
cuma ada kau.

Cuma KAU

p/s : Hanya puisi semata mata. Tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia