Wednesday, June 17, 2015

Ramadhan 2015

ASSALAMUALAIKUM


Esok bersamaan dengan 18 Jun 2015, Khamis, Thursday, kita semua dah mula berpuasa. Alhamdulillah. Masih panjang umur nak jumpa Ramadhan 2015 ni. So, alang-alang nak puasa aku nak share sikit sikit la pasal puasa. Takkan la aku nak share pasal drama korea pulak kan hahaha ok hambar. Ala share benda simple je pun, tak berapa mendalam. Kalau tanya budak darjah 1 pun dia tahu apa jawapannya.

PUASA TU APA ?

Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Tempohnya bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat.


Niat ni penting tau. Tak ada niat, puasa tak sah. Sia sia je nanti.


ANTARA KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
  • Menjana kekuatan rohani dan jasmani.
  • Melatih diri menjadi seorang yang penyabar dan ikhlas.
  • Menimbulkan perasaan keinsafan dan belas kasihan terhadap orang miskin.


AZAM & HARAPAN SEPANJANG BULAN PUASA
  • Tak nak tinggal solat, solat pada awal waktu, tak nak tangguh-tangguh solat
  • Nak khatam Al-Quran lagi
  • Nak puasa penuh macam tahun lepas ihiks
  • Nak buat solat tarawih kalau ada masa lapang, buat solat sunat banyak banyak
  • Rajin bangun malam, buat solat tahajjud, solat hajat, study 
  • Lepas sahur tak nak tidur. Nak try study, tahan nafsu nak tidur, Lagi pun tahun ni nak SPM. Orang cakap kalau study pagi pagi ni senang nak masuk otak ehee
  • Rajin berdoa lepas solat eh bukan lepas solat je, kalau boleh setiap masa. Kan antara doa yang diterima oleh Allah ialah orang yang berpuasa. In Shaa Allah semua doa kita sepanjang bulan puasa ni dimakbulkan. AMIN :)

Puasa tahun ni maybe tak sama macam tahun tahun sebelum ni. Arwah atuk tak ada, arwah angah tak ada. Tak ada peluang dah nak buka sama-sama, ramai-ramai macam dulu. I miss you, atuk & angah. We all miss you :( Semoga tenang di alam sana :') 


Ku mengharapkan Ramadhan,
kali ini penuh makna,
agar dapat ku lalui,
dengan sempurna

Aku nak minta maaf kat semua orang yang kenal aku. Maafkan segala salah silap aku, maaf kalau terkasar bahasa, buat korang kecil hati, sakit hati. Im sorry. 

p/s : Puasa ni dapat turun 3-4 kilo pun jadilah huhuhu



Thursday, January 15, 2015

Ho Chi Minh ( Day 3 )

ASSALAMUALAIKUM


Hari ketiga pergi Sungai Mekong
and for sure lebih best daripada Cu Chi tunnel
No doubt



Bas lebih besar and selesa
member pun lebih ramai
And lebih kurang macam semalam
2 family melayu
1 family chinese
the rest semua omputih


John, our tourist guide
Bukan roti john ok hahaha
Lebih muda daripada yang semalam
lebih comel and ...
cara dia cakap lebih jelas
Senang nak faham




Masa otw tu dapat la tengok sawah padi
Nanti nampak la kubur kat tengah tengah sawah tu
Kubur bekas tuan punya tanah
or pesawah dulu dulu
Kalau tak silap la
Tak berapa ingat
Hehehe



Jeti untuk tunggu bot




Berhenti makan kat satu pulau
Kalau tak silap namanya PULAU PENYU ke apa entah
But kat sana makan buah je
Was was ok



Lastly, kita singgah satu kampung lagi
Kat situ bole la tengok dorang buat gula gula kepala


Madu lebah ni ada jual
But before dorang jual tu dorang akan bagi kita minum teh wangi dengan madu tu
Rasa dia ....
Brrrrr
Siapa yang tak biasa minum teh wangi
Memang tak bole minum
Wangi sangat




Yang paling best kat sini
bila dapat naik sampan sepanjang sungai ni
Tepi tepi ada banyak pokok
Redup, sejuk tenang je
Ehee




Nanti dia ada bawak pergi satu kampung
Dapat makan buah
tengok orang nyanyi nyanyi
Then kena jalan kaki keliling kampung tu sampai jumpa jalan besar
Naik bas
Then balik yeah



Third day makan dekat Hajah Basiroh pulak
Malamnya shopping puas puas
Malam terakhir la katakan
Esoknya nak balik Malaysia dah
Hm sedih

Ok 
Itu je nak cerita pasal holiday kat Vietnam
Nak dekat sebulan baru habis update
Al maklumlah
Busy mengalahkan Perdana Menteri
Kahkah

p/s : Hari keempat malas nak update sebab flight pagi so tak ada benda pun nak cerita haha

Monday, January 5, 2015

Ho Chi Minh ( Day 2 )

ASSALAMUALAIKUM

Hari kedua plan nak pergi Cu Chi Tunnel dengan travel agency. Kat sini memang banyak travel agency. Korang tinggal pilih nak yang mana. Ada yang murah, sederhana, mahal. So bagi yang pergi Ho Chi Minh sendiri without mana mana agensi boleh cari kat sana je. Senang. 




Kenalkan, ni Jackie. Tourist guide kitorang. 
Bukan Jackie Chan ok.
Tu nama panggilan dia je.
Dia orang Vietnam and nama dia tersangat la susah nak sebut
Berbelit belit


Naik bas mini je sebab group kitorang tak ramai
2 family melayu
1 family chinese
Yang lain semua mat saleh
Handsome cantik semua ada


Sebelum pergi Cu Chi tunnel kitorang singgah kat satu tempat.
Tempat untuk orang orang kurang upaya sebab perang zaman dulu
Dia ada cerita dia sebenarnya
tapi aku tak tahu nak ceritakan balik macam mana
Aku bukan minat bab sejarah sejarah ni
Hoho
Kat sini dorang buat kraf tangan
Cantik
Ada yang guna kulit telur pastu buat la corak macam macam
Kat sini camera is not allowed so tak ada gambar sebagai bukti



Saja nak tunjuk mat saleh kat belakang tu handsome
Muehehe






Cu Chi tunnel ni tempat tinggalan sejarah masa perang dulu
So banyak la bekas bom, perangkap musuh
Ada jalan bawah tanah
Bole try jalan kat situ
Best
Hehehe


Tengok filem pendek pasal dorang perang dulu dulu
Orang lain focus tengok
Aku dengan adik aku sibuk tengok mat saleh handsome
LOL





Untuk sesiapa yang minat sejarah ni kan
bole la pergi Cu Chi tunnel ni


Dah sampai area hotel
makan kat restoran Serai lagi la
Omnomnom

Dah habis makan
Balik hotel, mandi, solat
And sambung shopping
Yeay

p/s : Another story in Ho Chi Minh ( Day 3 )