Saturday, July 23, 2011

Hari kokorikulum

Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah Nadiah ada buat hari kokorikulum. Sambutan tu memang best sangat-sangat. Ramai murid-murid datang sebab murid pagi bergabung dengan murid petang. Tiga unit beruniform iaitu Puteri Islam,Kadet Remaja Sekolah dan Kadet Polis telah membuat persembahan kawad kaki.  Sesetengah kelab ada mendirikan khemah untuk menjual makanan,minuman. Selain itu,ada juga yang membuka gerai permainan. Pada awal pagi tu,hari sungguh cerah.Tiba-tiba,awan menjadi semakin gelap dan ribut mula melanda(tapi tak delah kuat sangat sampai buat pokok tumbang).Lepas tu,hujan pun turun.Apa lagi murid-murid semua kelam kabut lari pergi kantin tapi ada juga yang boleh mandi kat tengah-tengah hujan tu(biasalah orang nak cari penyakit).Walau pun hujan turun tapi aktiviti tu tetap berjalan seperti biasa.Tulah hari koko yang paling best dalam hidup Nadiah.

Okeylah.Itu sahaja untuk hari ini.Bye...

Alyah ~ ♫♫ Kisah Hati ♫♫ lirik

Friday, July 15, 2011

Ajaib

Tadi masa dekat sekolah,ada sesuatu yang sangat ajaib.Nak tahu tak apa yang ajaib sangat tu??? Kalau nak tahu macam ni ceritanya…
l
l
l
l
l
l
l
l
Tadi bila dah sampai sekolah Nadiah pun duduklah dekat dalam barisan kelas Nadiah kalau tak nanti kena marah dengan pengawas ataupun cikgu.Masa tunggu nak naik atas untuk menyertai aktiviti pembangunan insan,ada budak lelaki cakap dekat budak perempuan ”Cuba tengok dekat atas.” Semua budak perempuan tak layan dia.Jadi Nadiah pun pandang jelah atas.Memang ajaib sangat.Awan kat atas berbentuk......... Love.Bila cakap je macam tu semua perempuan pandang kat atas.Ada juga yang tersenyum-senyum,ada yang bergurau dengan mengatakan bahawa pakwe dia yang buatkan untuk dia dan lain-lain.Kalau tengok mesti asyik terbayang-bayang je.

 Sorilah.Nadiah cuma dapat bagi dapat daripada google je.Pergi sekolah mana boleh bawa kamera dan handphone.Jadi tak dapat ambik gambar yang original.

Okaylah.Itu saja untuk hari ni.Bye!!!!!!!!!!!!!!

Terjatuh...


Hari ni dekat sekolah ada mata pelajaran PJ (Pendidikan Jasmani).Apa lagi kalau ada PJ je mesti kawan-kawan Nadiah ajak main bola… Mula-mula tu memanglah takut sebab Nadiah ni jenis budak takut bola (badan besar pun takut bola.Ish3… Teruk kan). Jadi Nadiah pun memberanikan diri jugak untuk main bola dengan diorang.Tiba-tiba masa kiteorang tengah syok main bola… Tanpa disangka-sangka Nadiah terjatuh. Cuma Allah je yang tau perasaan Nadiah masa tu… Malu sangat-sangat.Lepas tu kawan Nadiah terus datang dekat dengan Nadiah dan bantu Nadiah untuk bangun.Nasib baik tak de apa-apa yang jadi. Lepas tu,Nadiah terus tak nak main bola sebab takut terjatuh lagi bukan sebab takut bola…

Okaylah.Itu saja untuk hari ni. Bye!!!!!!!!!!

Monday, July 11, 2011

Baucer anugerah bintang.....


Hari ni Nadiah dapat baucer percume untuk anugerah bintang.Anugerah ni diberikan kepada murid yang telah mendapat tempat pertama,kedua dan ketiga dalam peperiksaan pertengahan tahun.Tempat pertama dapat baucer RM8,tempat kedua RM5 dan RM4 pula untuk tempat ketiga.Bagi Nadiah pulak,Nadiah dapat baucer RM5… Nadiah pun tak tahu nak beli ape guna baucer tu.Rasanya nak beli makanan je kot.Biasalah kuat makan.Hehehe…

Okaylah.Ini saja untuk hari ni.Bye!!!!!!!!!!!

Sunday, July 10, 2011

Program Pendidikan Pencegahan Dadah...

      
Sempena Program Pencegahan Dadah,setiap sekolah mesti mempunyai wakil untuk pertandingan yang telah dijalankan… Bagi Nadiah pulak,Nadiah kena masuk pertandingan esei dan buku skrap… Apa lagi memang sibuk tak terkatalah. Sekejap nak buat esei sejakap nak buat buku skrap.Entah boleh siap ke tak… Mula-mula Nadiah memang tak nak masuk pertandingan buku skrap tu tapi cikgu cakap cuba dulu.Mana tau kalau ada rezeki boleh menang. Kalau esei tu memang Nadiah minat. Nadiah memang minat sangat dalam penulisan walaupun penulisan Nadiah tak delah bagus sangat... Harap-haraplah Nadiah dapat menang dalam pertandingan ni. Amin...

Okeylah.Ni aje untuk hari ni... Bye!!!!!!!!!

Saturday, July 2, 2011

Happynye......




Gembiranya hari ini sebab:

1. Kite dapat handphone baru.Handphone tu x delah mahal   sgt...
2. Kedua dapat kucing baru.Comel sgt2...
3. Dapat menang nombor tiga dalam pertandingan kawad rumah hijau ( Silat Lincah ).Tak rugilah pergi latihan kawad setiap petang. 

Oklah.Nie jerk untuk arie nie...Malaslah nak tulis panjang2.. Bye.........