Saturday, July 23, 2011

Hari kokorikulum

Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah Nadiah ada buat hari kokorikulum. Sambutan tu memang best sangat-sangat. Ramai murid-murid datang sebab murid pagi bergabung dengan murid petang. Tiga unit beruniform iaitu Puteri Islam,Kadet Remaja Sekolah dan Kadet Polis telah membuat persembahan kawad kaki.  Sesetengah kelab ada mendirikan khemah untuk menjual makanan,minuman. Selain itu,ada juga yang membuka gerai permainan. Pada awal pagi tu,hari sungguh cerah.Tiba-tiba,awan menjadi semakin gelap dan ribut mula melanda(tapi tak delah kuat sangat sampai buat pokok tumbang).Lepas tu,hujan pun turun.Apa lagi murid-murid semua kelam kabut lari pergi kantin tapi ada juga yang boleh mandi kat tengah-tengah hujan tu(biasalah orang nak cari penyakit).Walau pun hujan turun tapi aktiviti tu tetap berjalan seperti biasa.Tulah hari koko yang paling best dalam hidup Nadiah.

Okeylah.Itu sahaja untuk hari ini.Bye...