Sunday, November 27, 2011

Happy Birthday My Sister


  • Happy Birthday to My Sister, Najwa Qistina...
  • Dah sepuluh tahun rupanya adik akak ni.
  • Semoga adik panjang umur, dimurahkan rezeki selalu, menjadi anak yang solehah, ceria selalu n yang paling penting tak degil macam dulu lagi... Hahaha (Gelak jahat) Jangan marah tau.Tak baik marah-marah.Nanti cepat tua...

Saturday, November 26, 2011

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah...

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah Versi Melayu

[DOA AKHIR TAHUN] ..dibaca akhir waktu asar atau selewat2nya sebelum masuk waktu solat maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.

Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.

Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.

Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah



[DOA AWAL TAHUN]...dibaca selepas solat maghrib pada malam 1 Muharram.

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.

Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.

Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan. Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami. Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam.

 

My Favourite...

Assalamualaikum, selamat sejahtera n salam satu Malaysia you all...
  • Hari ni hujan telah turun. Alhamdulillah... Hujan tu rahmat daripada Allah. Kita mesti bersyukur. ( Ceh, cakap macam Ustazah je )
  • Sejuknya... Jadi aktiviti yang paling seronok untuk dilakukan ialah tidur. Zzzzz....
  • Tapi tidur tak sampai masuk waktu asar. Tak elok. Bak kata orang tua-tua nanti boleh cepat lupa n lama-lama boleh jadi gila. Nadiah tak nak jadi gila kalau cepat gila tak dapat nak kahwin... ( Gatal )
  • So, sebelum tidur pergi solat Zuhur dulu. Takut terlepas waktu Zuhur. Biasalah budak baik. Hehehe puji diri sendiri pulak. sori ye. Abis tu da tak ada orang nak puji so puji la diri sendiri.
  • Nadiah pun tidurlah dari pukul 2 petang sampai pukul 3 petang.
  • Bestnya tidur masa hujan... ( Macam tak pernah tidur dalam hujan )
  • Ada kena mengena dengan tajuk kat atas ke??? 
  • Ada... Nadiah baru je nak mulakan ni... Mula-mula kenalah buat pendahuluan dulu. ( Macam nak buat karangan je) 
  • Bangun je dari tidur, mama Nadiah cakap ada ubi rebus dengan sambal tumis buatan mama Nadiah.
  • So apa lagi cepat-cepat Nadiah pergi buat teh'o untuk makan bersama-sama dengan ubi rebus tu. ( Dah tak sabar nak makan ni )
  • Mmmm... Sedapnya. Alhamdulillah... Terima Kasih Ya Allah, dia atas nikmat yang Engkau berikan kepada ku.
 Ubi rebus with sambal tumis buatan mamaku yang tercinta...

  • Lastly, Nadiah nak ucapkan thank you mama sebab dah buatkan ubi rebus with sambal tumis untuk anak mama yang tercinta ni... Love you, mama... 

Okaylah thats all for today. Thanks for reading. Assalamualaikum... Bye... 

 

Wednesday, November 23, 2011

Kau ilhamku...



Beribu bintang di langit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih ku ucapkan
Chorus
Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku
Ulang Chorus

Lagu ni memang best sangat-sangat.
Memang minat sangat dengan lagu ni ...
Semenjak tengok video akim nyanyi lagu ni kat youtube tp manbai nyanyi pun sedap jugak...

Peace!!!

Tuesday, November 22, 2011

Harimau berjaya membaham Garuda....

Assalamualaikum , salam sejahtera n salam 1 Malaysia you all...

Today, Nadiah nak cerita tentang:

  • perlawanan bola sepak  SUKAN SEA XXVI di JAKARTA malam tadi 
  • Harimau Muda ( Malaysia) lawan Sang Garuda ( Indonesia ) 
  
  • Pada 21 November 2011,Harimau Muda( Malaysia ) telah berjaya menundukkan Sang Garuda ( Indonesia ) dengan mata sebanyak 4-3 setelah berjaya melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1.
  • Tahniah kepada pasukan Harimau Muda kerana telah berjaya memenangi perlawan tersebut.
  • Tidak lupa juga kepada jurulatih skuad Harimau Muda ONG KIM SWEE atas bimbingan beliau untuk melatih anak-anak didiknya.  
Skuad Harimau Muda

 Kapten Harimau Muda (Baddrol Bakhtiar)
Malaysian Hero!!! Penjaga gol Malaysia (Khairul Fahmi Che Mat)

Penentuan sepakan penalti
  • Tahniah, tahniah.... Malaysia boleh... Semoga kemenangan ini membawa semangat kepada Harimau Muda untuk beraksi dalam perlawan yang akan datang... 
    Okay.Thats all for today.Thanks for reading.Assalamualaikum....Bye.... 




 

Friday, November 18, 2011

Tekak atau pekak...

Assalamualaikum , selamat sejahtera n salam 1 Malaysia you all....

Today,Nadiah nak cakap tentang pekak atau tekak... Korang mesti pelikkan dengan tajuk hari ni. Actually, tajuk hari ni ada kena mengena dengan apa yang berlaku pada hari ni.

Hari ni,Pusat Sumber ada buat satu jamuan untuk semua Pengawas Pusat Sumber sempena akhir tahun 2011. Sebelum jamuan bermula,semua Pengawas Pusat Sumber perlu melakukan sedikit kerja melabel buku yang bertimbun sementara menunggu mc donald tiba.

Sedang Nadiah dan kawan-kawan Nadiah melabel buku,tiba-tiba salah seorang daripada kawan Nadiah berkata bahawa dia sakit tekak.Nadiah yang tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang dibicarakan olehnya hanya menjawab dengan selamba."Awak bukannya pekak tapi cuma kurang dengar je".Nadiah menjawab dengan over confident.

Kawan Nadiah yang mendengar jawapan Nadiah hanya membuat muka pelik.Kemudian,dia berkata..."Nadiah,kita cakap sakit tekak bukannya pekak".Fuh!!! Bengangnya.Rasa macam nak jadi halimunan je."Owh ye ke.Rupa-rupanya kitew yang pekak."jawab Nadiah.

Selepas itu,kawan Nadiah memerli Nadiah semula."Awak bukan pekak tapi cuma kurang dengar je". Hahaha.Wakenabeb.So,pengajaran yang boleh kita peroleh dari sini ialah 'dengar betul-betul sebelum menjawab'.

Okaylah.Thats all for today.Thanks for reading.Assalamualaikum...Bye2...

 

Sunday, November 13, 2011

              Assalamualaikum , selamat sejahtera n salam 1 Malaysia you all....

Lamanya Nadiah tak update blog ni.... Rindunya nak update blog ni. Today, Nadiah nak cakap tentang tarikh 11.11.2011. Walaupun tarikh ni dah lepas but Nadiah nak cite jugak... Pada 11.11.11 hari Jumaat kucing Nadiah yang bernama 'Akko Chan atau lebih dikenali sebagai Putih' telah melahirkan 3 ekor kucing. Ada warna putih,coklat hitam n hitam. Comel sesangat.... Nama??? Belum fikir lagi. Tak tau la nama apa yang sesuai. But the important thing is the name will start with capital 'J'. Nak tau sebab apa kena mula dengan capital 'J'??? Sebab diorang lahir hari Jumaat. So,I think it's okay...

Okaylah.That's all for today... Thanks for reading...
Assalamualaikum.... Bye2....