Friday, November 18, 2011

Tekak atau pekak...

Assalamualaikum , selamat sejahtera n salam 1 Malaysia you all....

Today,Nadiah nak cakap tentang pekak atau tekak... Korang mesti pelikkan dengan tajuk hari ni. Actually, tajuk hari ni ada kena mengena dengan apa yang berlaku pada hari ni.

Hari ni,Pusat Sumber ada buat satu jamuan untuk semua Pengawas Pusat Sumber sempena akhir tahun 2011. Sebelum jamuan bermula,semua Pengawas Pusat Sumber perlu melakukan sedikit kerja melabel buku yang bertimbun sementara menunggu mc donald tiba.

Sedang Nadiah dan kawan-kawan Nadiah melabel buku,tiba-tiba salah seorang daripada kawan Nadiah berkata bahawa dia sakit tekak.Nadiah yang tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang dibicarakan olehnya hanya menjawab dengan selamba."Awak bukannya pekak tapi cuma kurang dengar je".Nadiah menjawab dengan over confident.

Kawan Nadiah yang mendengar jawapan Nadiah hanya membuat muka pelik.Kemudian,dia berkata..."Nadiah,kita cakap sakit tekak bukannya pekak".Fuh!!! Bengangnya.Rasa macam nak jadi halimunan je."Owh ye ke.Rupa-rupanya kitew yang pekak."jawab Nadiah.

Selepas itu,kawan Nadiah memerli Nadiah semula."Awak bukan pekak tapi cuma kurang dengar je". Hahaha.Wakenabeb.So,pengajaran yang boleh kita peroleh dari sini ialah 'dengar betul-betul sebelum menjawab'.

Okaylah.Thats all for today.Thanks for reading.Assalamualaikum...Bye2...