Sunday, May 27, 2012

Kau mengajarku erti cinta

TO : MY SAYANG

TAHUN 2009
Saya jumpa awak kat shopping mall. Itu merupakan pertemuan pertama kita. Saya mula jatuh cinta dengan awak. Rupa awak sungguh menarik perhatian saya. Lepas kejadian tu, kita jadi rapat sangat-2. Rapat macam pasangan couple. Cuma ada satu sebab je saya rapat dengan awak. Tapi cuma kita berdua je yang tahu. Betul tak sayang? And then mama and papa saya merestui hubungan kita ni. Mama dan papa saya yang rasmikan tarikh saya couple dengan awak sebab mama dan papa saya pun suka sangat dengan awak. Yes! Awaklah cinta pertama saya. KAULAH INSAN PERTAMA BERPACARAN DENGAN KU. Copy dari lagu Sofazr - Pencinta terbaik.

Kita BAGAI AUR DAN TEBING. Kita memang tidak boleh dipisahkan. Saya sayang dekat awak sangat-2. Saya dah bawa awak jumpa kawan-2 saya. And, guess what? Kawan-2 saya suka sangat dekat awak. Kawan-2 saya cakap, sayalah perempuan paling bertuah sebab dapat awak sebagai teman hidup saya. Yup, saya memang beruntung sangat-sangat.

TAHUN 2012
Hubungan kita kekal sampai tahun ni. Tahun 2012. Betapa lamanya kita bersama. Hampir 4 tahun kita bersama. Berkat kesabaran awak melayan kerenah saya. Kita tetap bersama. Menyayangi antara satu sama lain. Tapi, perasaan saya mulai berubah. Saya start lupakan awak perlahan-2. Saya pun tak tahu kenapa saya mulai berubah. Saya minta maaf sangat-2. Perhatian saya dekat awak mulai berkurangan. Saya kejam sangat-2 terhadap awak.

BULAN MAC
Awak jatuh sakit. Tapi saya buat tak tahu. Saya dah tak kisahkan awak. Ya Allah! Kejamnya saya dekat awak. 

BULAN MEI
Awak betul-betul dah tenat. Saya bawa awak pergi hospital. Awak perlu dibedah. Ya Allah! Saya rasa bersalah sangat-2 dengan awak. Saya rasa bersalah sebab tak pedulikan awak masa awak sakit bulan lepas. Semua ni salah saya. Air mata saya terus mengalir dan mengalir. Saya benci dengan diri sendiri. 

Saya takut kehilangan awak. Saya sayangkan awak. Jangan tinggalkan saya. Itulah yang saya ucapkan dalam hati saya sementara menunggu doktor keluar daripada bilik pembedahan tu. Selepas lama menunggu, doktor keluar daripada bilik pembedahan itu. Saya terus tanya keadaan awak sekarang. Doktor tu sekadar menggeleng. Doktor kata awak tak boleh diselamatkan lagi. Kenapa? Kenapa awak kena tinggalkan saya secepat ni.    

Mama dan papa saya suruh saya relakan pemergian awak tu. Hmm.. Saya redha dengan takdir yang Allah beri kepada saya. Saya relakan pemergian awak tapi saya tetap sayangkan awak. Awaklah yang mengajar saya erti cinta yang sebenar. Saya minta maaf sebab saya kejam sangat dekat awak. Saya tak pedulikan awak masa awak sakit. Saya minta maaf sangat-sangat.

THANKS FOR EVERYTHING SAYANG!
It's just a watch okay..
Jangan fikir yang bukan-bukan tau.

Actually,
pasal dekat hospital tu memang menipu.
Sebenarnya tu dekat kedai jam je.
Saja nak buat entry hari ni lebih menarik.
Hehe..

Okaylah.
Itu je untuk hari ni.
Tataa..
Assalamualaikum..