Thursday, December 6, 2012

Dia Segalanya


Haluu. Haluu.
*Lambai tangan*

 
Bagi Faizul, mereka membesar bersama di dalam sebuah keluarga yang cukup bahagia. Tetapi kenapa langsung tidak pernah wujud kemesraan di antara mereka ? Dia tidak boleh melayan Suraya, adik bongsunya sebaik Faizal, abang kembarnya. Perasaan kasih sayang seorang abang kepada adiknya tidak pernah wujud. Namun jauh di sudut hati dia bukan tidak pernah menyayangi dan bukan dia tidak pernah merindu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya.

Bagi Suraya, dia tidak faham apa yang bermain di fikiran abangnya yang tengah itu. Sejak kecil Faizul begitu dingin dengannya. Lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan 'adik' seperti ahli keluarganya yang lain. Sehinggalah satu rahsia terbongkar dan waktu itu barulah dia mengerti, kenapa dia disisihkan oleh lelaki itu. Tetapi kenapa hanya Faizul yang membencinya ? 

 
p/s : Nadiah dah habis baca novel ni. Novel ni awesome sangat. BEST :D