Friday, March 15, 2013

First time


Hi.
Salam Jumaat.
*Semalam*

7.15 pagi 
Sampai sekolah. Duduk kat barisan kelas sambil study. Hari ni ada exam Agama, Kemahiran Hidup, Sivik and Geografi. Hari ni kena berjuang habis-habisan. Cukuplah Math je yang teruk. Subject lain kena excellent.

7.40 pagi
Exam da start. Exam dimulakan dengan bacaan bismillah dan bacaan doa. Jawab dengan tenang. Hmm. Satu je yang ada dalam otak Nadiah ni. 'Subject hari ni kena dapat A. Wajib !'

9.40 pagi
Masa rehat. Semua duduk makan sambil study. Baru nampak macam ciri2 pelajar cemerlang. Hehe. Then, after rehat dah habis... Jeng. Jeng. Jeng. Nadiah and kawan2 Nadiah otw nak naik kelas. Pastu ada la sorang budak perempuan Cina ni jalan sebelah Nadiah. Tetiba dia tersungkur. Tersungkur and badan dia kejang. Ya Allah ! Kenapa budak tu boleh jadi macam tu ? Nadiah and kawan2 Nadiah dah cemas. Tatau nak buat apa. Macam nak nangis pun ada. Pastu ada budak nak angkat budak tu. Tapi tak boleh. Budak tu start hentak2 muka dia kat lantai sampai keluar darah. Astaghfirullah. Nak pengsan tengok dia. Dengan darahnya lagi. Kalau Nadiah lemah semangat confirm dah pengsan kat situ >< Semua budak perempuan yang ada kat situ menjerit panggil cikgu. Keadaan masa tu cemas gila. Nadiah masih berdiri kaku kat situ. Still terkejut dengan apa yang berlaku masa tu. Lepas cikgu keluar dari bilik guru, cikgu suruh kitorang semua naik kelas.

Bila dah sampai kelas. Masing2 buat muka cuak. Terkejut la katakan. Nak study pun tak bole focus. Asyik terbayang-bayang je. Hmm. Apa jadi kat budak tu ek ? Cikgu bawa dia pegi hospital ke tak ? Budak tu okay tak ? Tertanya-tanya tau. 

*Hari ni*

7.15 pagi
Duduk kat dataran. Dengar cikgu bagi sepatah dua kata. Pastu cikgu ada story pasal budak tu. Cikgu cakap budak tu tak ingat apa yang jadi kat dia hari tu. Masing2 buat muka terkejut. Tak sangka boleh teruk sampai macam tu sekali. Ya Allah ! Selamatkanlah budak tu :'(
 

p/s : First time tengok kejadian macam tu. Asyik teringat-ingat je :/