Sunday, March 24, 2013

Kebaikan Coklat


Hi.
Happy Sunday and happy holiday ^^
 
Entry hari ni khas untuk penggemar coklat macam Nadiah. Hehe.
 
 
 
1. COKLAT MENGURANGKAN KADAR SERANGAN COKLAT
Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.


2. COKLAT MENINGKATKAN KADAR KESIHATAN JANTUNG

Antara lain ialah, merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat yang mampu bertindak melawan peradangan.


3. COKLAT BOLEH MELAWAN PENYAKIT DIABETIS

Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.

4. COKLAT MELINDUNGI KULIT

Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!

5. COKLAT MENGELAKKAN BATUK-BATUK

Ramuan dalam coklat yang dipanggil "Theobromine" mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Sekitar rahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang berisiko.

6. COKLAT BAGI MOOD YANG BAIK

Tidak dapat dinafikan, kenikmatan menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Menikmati makanan adalah sebahagian daripada menikmati kehidupan. Penggemar coklat juga mengatakan mereka berasa kurang stress.

7. COKLAT MEMBANTU MENINGKATKAN PENGALIRAN DARAH

Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin, ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah.

8. COKLAT MENINGKATKAN KADAR PENGLIHATAN

Oleh kerana keupayaannya untuk memperbaiki aliran darah, khususnya ke otak,coklat didapati juga boleh meningkatkan aliran darah ke retina, sekali gus memberi rangsangan yang baik kepada mata.

9. COKLAT BOLEH JADIKAN KITA BIJAK

Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan sedar, Kajian di britain menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi dalam bidang pengiraan.

10. COKLAT BOLEH MENGISI PERUT YANG LAPAR

Oleh kerana coklat yang kaya dengan fiber, ia mampu membuat anda berasa kenyang dan kurang lapar. kajian juga menunjukkan coklat gelap lebih baik berbanding susu.
 
 Stok coklat untuk holiday ni.
Hikhik.

p/s : Walaupun coklat ada kebaikan, kita tak boleh makan banyak2. Kalau terlebih makan boleh memudaratkan. Hehe.