Monday, January 24, 2011

Bermulalah sebuah kisah...

          Pada pagi itu,terasa dingin sekali.Asyura terus bangun daripada tidurnya yang nyenyak lalu melangkah ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.Selepas membersihkan dirinya,Asyura terus memakai pakaian sekolahnya yang berwarna putih dan menunaikan solat Subuh.

          Selepas menunaikan solat,Asyura terus mengambil begnya yang berwarna putih lalu menutup suis lampu biliknya dan menuruni anak tangga dengan berhati-hati.Semasa Asyura sampai di bawah,ibu dan bapanya yang tersayang telah pun menunggunya di meja makan untuk menikmati sarapan pagi yang ibunya sediakan.


          Dengan pantas,Asyura terus mangambil pinggan dan membaca doa sebelum menikmati sarapan.Asyura makan sarapan itu dengan penuh berselera.Apabila dia telah menghabiskan sarapannya,dia menadahkan tangannya sekali lagi untuk membaca doa sebagai tanda syukur diatas nikmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan.


          Apabila dia melihat jam tangannya yang berjenama Casio dan berwarna hitam,dia merasa amat terkajut kerana jam telah menunjukkan pukul 7.00 pagi.Selepas itu,dia terus menyalam tangan ibu dan bapanya lalu menaiki kereta Mercedes milik keluarganya yang dibawa oleh pemandu keluarganya.Dengan pantas,kereta itu keluar daripada halaman rumahnya dan menuju ke sekolah...


     Bersambung...