Saturday, January 29, 2011

Sambungan...

          Pada keesokan paginya,Aizam bersiap-siap untuk ke sekolah barunya bersama kembarnya iaitu Aizim.Aizam dan keluarganya baru sahaja berpindah di kawasan itu.Sebelum Aizam pergi ke sekolah dia memasukkan sapu tangan milik Asyura ke dalam poket seluarnya kerana dia mungkin akan berjumpa dengan Asyura sekali lagi.Kemudian,dia pun turun ke bawah dan makan sarapan yang disediakan oleh ibunya lalu pergi ke sekolah.


          Semasa berada di sekolah,Aizam dan Aizim dimasukkan ke kelas 1 Setia(1A).Semasa berada di dalam kelas itu,semua murid perempuan terpegun melihat mereka berdua kecuali Asyura.Selepas itu,mereka pun memulakan pembelajaran mereka di sekolah baru mereka.


         Tidak lama kemudian,loceng pun berbunyi menunjukkan masa untuk rehat.Semasa waktu rehat,Aizam terlihat Asyura yang sedang makan di kantin bersama Afira lalu menegurnya."Hai.Awak Asyurakan"tegur Aizam."Ya saya.Macam mana awak tahu nama saya?"Tanya Asyura kehairanan."Saya tahu nama awak daripada sapu tangan awak ni.Kan semalam kita ada jumpa kat taman awak lupa ke?"Tanya Aizam yang cuba meyakinkan Asyura."Oh ye.Saya lupa plak.Terima kasihlah sebab pulangkan balik sapu tangan ni"Kata Asyura.


           Tiba-tiba loceng pun berbunyi.Mereka terus masuk ke dalam kelas.Selepas tamat masa pembelajaran Asyura terus balik ke rumah.Semasa dia sampai di rumah,ibunya menyambutnya dengan gembira sekali.Asyura pun bertanya kepada ibunya dengan hairan"Mama,kenapa nampak happy sangat ni.Ada apa-apa berita baik ke?".Dengan muka yang gembira ibunya pun menjawab"Hari ni kawan lama mama nak datang rumah.Mama dah lama sangat tak jumpe die".


          "Oh.Mama nak masak apa untuk kawan mama?"."Mama rasa nak masak masakan westernlah"."Oh.Boleh tak kalau Asyura nak wat cupcake untuk kawan mama tu?"."Boleh.Apa salahnya kan cupcake anak mama ni sedap".Selepas itu,Asyura terus naik ke atas dan menukar bajunya lalu pergi ke dapur untuk membuat cupcake...

  Bersambung...