Thursday, January 27, 2011

Sambungan...

          Akhirnya pada jam 7.10pagi,Asyura telah sampai ke sekolah barunya.Ini merupakan hari pertama dia bersekolah di situ.Sebelum Asyura masuk ke dalam sekolah,dia rasa amat gementar.Dengan perlahan dia malangkahkan kakinya di sekolah barunya iaitu Sekolah Menengah Taman Indah.



          Semasa dia sedang berjalan ke dataran kejat,tiba-tiba dia terlanggar seorang budak perempuan lalu meminta maaf.Tidak lama kemudian,Asyura terus masuk ke dalam kelasnya iaitu kelas 1 Setia(1A).Semasa berada di dalam kelas,seorang budak perempuan menegurnya dan memperkenalkan dirinya."Hai.Nama saya Afira.Awak budak yang kita langgar tadikan"kata Afira. "Ya saya.Perkanalkan nama saya Asyura"kata Asyura. "Boleh saya duduk sebelah awak"kata Afira. "Boleh,apa salahnye.Saya pun belum ade kawan"kata Asyura.


          Selepas itu,mereka terus berbual tentang diri masing-masing sehinggalah cikgu masuk ke dalam kelas.Kemudian,mereka terus memulakan pembelajaran mereka sehinggalah waktu rehat.Semasa waktu rehat,mereka berehat bersama-sama.Selepas beberapa hari hubungan mereka menjadi bertambah akrab dan mereka menjadi kawan baik.


         Pada setiap petang,Asyura sentiasa pergi ke taman rekreasi yang berhampiran dengan rumahnya.Pada suatu hari,semasa dia sedang berjoging di taman,dia terlihat seorang pemuda yang kelihatan amat penat lalu dia menghapiri pemuda itu.Dia merasakan bahawa lelaki itu sangat haus dan tidak membawa air jadi dia menghulurkan airnya kepada pemuda itu lalu berkata"Nah,awak mesti hauskan". Kemudian pemuda itu pun berkata"Terima kasih.Macam mana awk tahu saya tengah haus?" "Saya cuma agak je.Okeylah saya pergi dulu ye."kata Asyura.


          Selepas itu,Asyura terus pergi dan terjatuhkan sapu tangannya tanpa dia sedari.Pemuda itu mengambil sapu tangan itu dan terlihat nama Asyura di sapu tangan itu.Apabila dia mahu memulangkan sapu tangan itu dia melihat bahawa Asyura telah hilang dari pandangannya lalu pulang ke rumah...

Bersambung...