Friday, March 11, 2011

sambungan cerita yang dah lame tertangguh....

          Semasa Aizam berada di dalam biliknya,dia pun mengakses laman web sosialnya iaitu Facebook.Pertama sekali,dia menaip nama Asyura di kotak carian.Rupa-rupanya usahanya tidak sia-sia.Dia telah menjumpai dinding profil Asyura lalu menambah Asyura sebagai kawan dengan muka yang amat gembira.Kemudian,Aizam pun menutup laptopnya dan menunaikan solat Isyak lalu tidur.


          Pada keesokan harinya,dengan pantas Aizam pun bangun dari tidurnya yang nyenyak lalu membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh.Kemudian,dia pun turun ke bawah dan bersarapan bersama keluarganya lalu pergi ke sekolah bersama Aizim dengan menaiki kereta BMW milik keluarganya yang dipandu oleh pemandu keluarganya.


          Selepas sampai sahaja di sekolah,Aizam terus berjalan-jalan di kawasan sekolah.Tiba-tiba dia terlihat Asyura.Kemudian,Asyura mendekati Aizam.Semasa Asyura mendekati Aizam,jantung Aizam berdebar-debar.


          Tiba-tiba Asyura menegur Aizam."Hai,Aizam.Awak buat apa kat sini.",tanya Asyura dengan suaranya yang lembut."Aaaasyura.Saya saja je jalan-jalan.Boring.",jawab Aizam dengan jantung yang berdebar-debar."Owh.Aizim mane?",tanya Asyura."Aizim kat kantin.Kenapa?",tanya Aizam dengan penuh semangat."Saya suka sangat dengan Aizim tu.Dia tu baik,sporting.",jawab Asyura.


          Tiba-tiba muka Aizam berubah."Tak delah.Saya main-main je.Awak cemburu ke?",tanya Asyura."TTTTTak delah.Mana ada.Okeylah saya pergi dulu.Bye....",jawab Aizam dengan muka yang merah padam."Okey.Bye...",jawab Asyura.



                          Bersambung....