Saturday, March 19, 2011

sambungan cerita...

          Mereka pun berbual dengan gembira.Semasa Aizam sedang mencari buku rujukan sejarah yang dicarinya,dia terlihat Asyura dan Aizim lalu timbul perasaan cemburu.Kemudian,dengan pantas Aizam pun mencari buku rujukan sejarah lalu pergi dari situ dengan perasaan cemburu.


          Apabila tiba di meja,Afira pun menegur Aizam."Aizam,awak kenapa.Ada masalah ke?",tanya Afira."Ttttak delah.",jawab Aizam dengan gagap."Ye ke?Saya tengok awak macam ada masalah je.",tanya Afira."Tak delah.Jom keluar.Saya dah jumpe buku yang saya cari.",jawab Aizam."Ok."jawab Afira dengan hairan.


          Tidak lama kemudian,loceng pun berbunyi.Mereka terus masuk ke dalam kelas.Mereka pun belajar sehinggalah waktu pulang.Semasa waktu pulang,Aizam pun berjalan ke pagar sekolah.Tiba-tiba,Datin Marisa menegurnya."Eh,Aizam.Aizam ada nampak Asyura tak?",tanya Datin Marisa."Eh,Aunty Marisa.Asyura ada kat perpustakaan.",jawab Aizam lalu menyalam tangan Datin Marisa.


          "Terima kasih ye Aizam.Oklah aunty masuk dulu ye.",kata Datin Marisa."Sama-sama.",jawab Aizam.Kemudian,Datin Marisa pun masuk ke dalam.Tidak lama kemudian,pemandu keluarga Aizam pun tiba.Selepas sampai di rumah,Aizam terus membersihkan dirinya lalu menunaikan solat Zohor.Kemudian,dia pun turun ke bawah untuk makan tengah hari.


          Selepas makan tengah hari,dia terus naik ke atas untuk membuat kerja sekolahnya.Semasa dia sedang membuat kerja,tiba-tiba dia terfikirkan Asyura.Dia merasa amat pelik dengan perasaannya.Semasa di sekolah dia merasa cemburu melihat Asyura rapat dengan Aizim tapi semasa di rumah dia mesti terfikirkan Asyura.


          Kemudian,Aizam pun berjumpa dengan Aizim untuk menanyakan tentang hubungan Aizim dan Asyura.Dia pun pergi ke bilik Aizim."Adik,abang nak cakap sikit boleh?",tanya Aizam kepada Aizim."Banyak pun boleh.Pasal apa abang?",tanya Aizim."Aizim ada apa-apa ngan Asyura tak?",tanya Aizam."Mana ade.Adik rasa dia tengah tunggu seseorang kot sebab masa adik tengok dia kat perpustakaan,dia asyik termenung je.Kenapa abang tanya.",tanya Aizim dengan perasaan ingin tahu."Tak ade ape.Saje je.Oklah.Abang masuk bilik dululah.",jawab Aizam dengan perasaan lega.