Saturday, March 19, 2011

sambungan cerita...

          Mereka pun berbual dengan gembira.Semasa Aizam sedang mencari buku rujukan sejarah yang dicarinya,dia terlihat Asyura dan Aizim lalu timbul perasaan cemburu.Kemudian,dengan pantas Aizam pun mencari buku rujukan sejarah lalu pergi dari situ dengan perasaan cemburu.


          Apabila tiba di meja,Afira pun menegur Aizam."Aizam,awak kenapa.Ada masalah ke?",tanya Afira."Ttttak delah.",jawab Aizam dengan gagap."Ye ke?Saya tengok awak macam ada masalah je.",tanya Afira."Tak delah.Jom keluar.Saya dah jumpe buku yang saya cari.",jawab Aizam."Ok."jawab Afira dengan hairan.


          Tidak lama kemudian,loceng pun berbunyi.Mereka terus masuk ke dalam kelas.Mereka pun belajar sehinggalah waktu pulang.Semasa waktu pulang,Aizam pun berjalan ke pagar sekolah.Tiba-tiba,Datin Marisa menegurnya."Eh,Aizam.Aizam ada nampak Asyura tak?",tanya Datin Marisa."Eh,Aunty Marisa.Asyura ada kat perpustakaan.",jawab Aizam lalu menyalam tangan Datin Marisa.


          "Terima kasih ye Aizam.Oklah aunty masuk dulu ye.",kata Datin Marisa."Sama-sama.",jawab Aizam.Kemudian,Datin Marisa pun masuk ke dalam.Tidak lama kemudian,pemandu keluarga Aizam pun tiba.Selepas sampai di rumah,Aizam terus membersihkan dirinya lalu menunaikan solat Zohor.Kemudian,dia pun turun ke bawah untuk makan tengah hari.


          Selepas makan tengah hari,dia terus naik ke atas untuk membuat kerja sekolahnya.Semasa dia sedang membuat kerja,tiba-tiba dia terfikirkan Asyura.Dia merasa amat pelik dengan perasaannya.Semasa di sekolah dia merasa cemburu melihat Asyura rapat dengan Aizim tapi semasa di rumah dia mesti terfikirkan Asyura.


          Kemudian,Aizam pun berjumpa dengan Aizim untuk menanyakan tentang hubungan Aizim dan Asyura.Dia pun pergi ke bilik Aizim."Adik,abang nak cakap sikit boleh?",tanya Aizam kepada Aizim."Banyak pun boleh.Pasal apa abang?",tanya Aizim."Aizim ada apa-apa ngan Asyura tak?",tanya Aizam."Mana ade.Adik rasa dia tengah tunggu seseorang kot sebab masa adik tengok dia kat perpustakaan,dia asyik termenung je.Kenapa abang tanya.",tanya Aizim dengan perasaan ingin tahu."Tak ade ape.Saje je.Oklah.Abang masuk bilik dululah.",jawab Aizam dengan perasaan lega.


         

Friday, March 18, 2011

sambungan cerita

          Selepas itu,Aizam pun pergi ke kantin untuk mencari Aizim.Semasa Aizam mencari Aizim,loceng pun berbunyi lalu Aizim pun masuk ke kelas dan belajar seperti biasa sehinggalah tiba waktu rehat.


          Semasa waktu rehat,Aizam pun pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku rujukan untuk matapelajaran sejarah.Semasa Aizam sedang berjalan ke perpustakaan,dia terlanggar Afira."Sori.Saya tak sengaja.Awak tak ape-ape ke?",tanya Aizam."Tak pelah.Saya ok.Terima kasih.",jawab Afira."Betul ni?",tanya Aizam lagi."Betol.Awak nak pergi mane ni?",tanya Afira.


          "Saya nak pergi perpustakaan.",jawab Aizam."Owh.Kebetulan,saya pun nak pergi perpustakaan.Kita pergi sama-sama jelah.Boleh tak",tanya Afira."Boleh.Jomlah,nanti habis pulak masa rehat.",jawab Aizam."Okey.",jawab Afira dengan gembira.


          Selepas itu,mereka pun pergi ke perpustakaan.Semasa berada di perpustakaan,Asyura melihat mereka dari jauh lalu timbul perasaan cemburu tanpa dia sedari.Asyura merasa amat pelik dengan perasaannya semasa melihat Aizam dan Afira pergi ke perpustakaan bersama-sama.


          Dia pun berfikir bagaimana dia boleh mempunyai sikap cemburu itu sambil membaca buku novel kegemarannya lalu bercakap di dalam hati."Takkanlah aku dah suka kat Aizam pulak.Tapi mugkin jugak kot sebab orang selalu cakap kalau cemburu tu tandanya suka.ish peningnya",kata Asyura.Semasa Asyura sedang berfikir tentang perasaannya,tiba-tiba Aizim menegurnya.


          "Hai.Sorang-sorang jerk.Boleh saya duduk sini.",tanya Aizim."Eh Aizim.Terkejut saya.Duduklah.Saya pun duduk sorang-sorang."Awak tengah baca buku apa tu?",tanya Aizim."Saya tengah baca buku novel kegemaran saya.Tajuknya'Cinta tiada akhirnya'.Cerita ni best sangat.",jawab Asyura."Awak samalah dengan abang saya.Abang saya pun suka bace buku ni.",jawab Aizim."Owh,ye ke?Tak sangka pulak.",jawab Asyura dengan senyumannya yang amat manis.

Friday, March 11, 2011

sambungan cerita yang dah lame tertangguh....

          Semasa Aizam berada di dalam biliknya,dia pun mengakses laman web sosialnya iaitu Facebook.Pertama sekali,dia menaip nama Asyura di kotak carian.Rupa-rupanya usahanya tidak sia-sia.Dia telah menjumpai dinding profil Asyura lalu menambah Asyura sebagai kawan dengan muka yang amat gembira.Kemudian,Aizam pun menutup laptopnya dan menunaikan solat Isyak lalu tidur.


          Pada keesokan harinya,dengan pantas Aizam pun bangun dari tidurnya yang nyenyak lalu membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh.Kemudian,dia pun turun ke bawah dan bersarapan bersama keluarganya lalu pergi ke sekolah bersama Aizim dengan menaiki kereta BMW milik keluarganya yang dipandu oleh pemandu keluarganya.


          Selepas sampai sahaja di sekolah,Aizam terus berjalan-jalan di kawasan sekolah.Tiba-tiba dia terlihat Asyura.Kemudian,Asyura mendekati Aizam.Semasa Asyura mendekati Aizam,jantung Aizam berdebar-debar.


          Tiba-tiba Asyura menegur Aizam."Hai,Aizam.Awak buat apa kat sini.",tanya Asyura dengan suaranya yang lembut."Aaaasyura.Saya saja je jalan-jalan.Boring.",jawab Aizam dengan jantung yang berdebar-debar."Owh.Aizim mane?",tanya Asyura."Aizim kat kantin.Kenapa?",tanya Aizam dengan penuh semangat."Saya suka sangat dengan Aizim tu.Dia tu baik,sporting.",jawab Asyura.


          Tiba-tiba muka Aizam berubah."Tak delah.Saya main-main je.Awak cemburu ke?",tanya Asyura."TTTTTak delah.Mana ada.Okeylah saya pergi dulu.Bye....",jawab Aizam dengan muka yang merah padam."Okey.Bye...",jawab Asyura.



                          Bersambung....