Saturday, July 21, 2012

First day in Ramadhan

Hai budak awesome sekalian.
Alhamdulillah.
Nadiah dapat berpuasa satu hari tanpa sebarang halangan.
Korang semua macam mana ?
Puasa penuh tak hari ni ?

Malam ni Nadiah nak share dengan korang semua
about aktiviti yang Nadiah buat sepanjang satu hari berpuasa ni.
 
5.00 pagi ~ Bangun sahur. Check handphone. Mana la tau ada text daripada crush yang tersayang macam malam tadi. Tapi.. Hampa. Kecewa. Patah seribu. Patah sejuta. Semua adalah. Tak ada text daripada dia. Hmm.. Tak apa. Mungkin dia tak sempat nak text Nadiah. Lepas tu terus gosok gigi and basuh muka. Duduk kat meja makan. Dengan mata yang masih mengantuk nampak makanan. Ada nasi putih satu pinggan, ikan sardin, sayur kubis goreng, telur goreng and lain-2. Okay. Tu makanan untuk sahur pagi tadi. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya ada makanan untuk sahur daripada tak ada langsung. Betul tak ? Lepas habis makan tengok TV cerita JEJAK RASUL kat TV3, solat Subuh and then campak badan atas katil. Ahh... Nikmatnya. Pastu terus tertidur. Habis azam nak study lepas Subuh terbantut macam tu je.

9.00 pagi ~ Najwa Latif and Sleeq kejutkan Nadiah dengan nyanyi lagu "Untuk Dia". Najwa Latif and Sleeq ? Ringtone alarm handphone Nadiah la. Hehe.. Pastu terus bangun, gosok gigi, mandi. Dah siap mandi terus tengok TV. Layan cerita kartun. And then ,tolong mama buat kerja rumah sikit-2 and siapkan homework Sejarah. See! Betapa rajinnya Nadiah. Haha.. Tak delah. Tetiba ada mood nak buat Sejarah. So, buat jelah.

Dah siap buat homework Sejarah terus on lappy. Bukak Twitter. Tengok-2 TL Twitter. Stalk Twitter crush. Dah penat stalk terus sign out. Pastu bukak blog Nadiah yang tercinta ni. And then ber- blogwalking bermula dari blog akak ieka farhana, blog lyna and semua blog yang Nadiah suka stalk. Bila dah bosan, bukak Youtube. Dengar lagu favourite. Tak lama kemudian, adik Nadiah ambil alih lappy ni.
 
12.00 tengah hari ~ Kebosanan mulai melanda diri. Perut dah mula berkeroncong lagu apa entah. Macam lagu dangdut pun ada. Lapar~ Masa lapar tu, duduk diam-2. Selak-2 buku sekolah. Baca bab yang best je. 
 
2.00 petang ~ Mama ajak pergi Angsana. Nak shopping. Yeay-2. Pergi shopping. *Dancing* Bosanlah duduk kat rumah. Dahlah tengah lapar. And then, dah sampai Angsana terus shopping puas-2. Buang rasa lapar tu jauh-2.
 
6.00 petang ~ Balik dari Angsana terus singgah Mc Donald. Mama cakap hari ni buka puasa makan Mc Donald je. Tak sempat nak masak kat rumah. Okay. Tak apa. Tak kisah pun. Mc Donald tu pun dah lebih dari cukup. Hehe..
 
Dah sampai rumah terus siap-2 nak berbuka. Bila azan Maghrib berkumandang, masing-2 dah mula tersenyum gembira. Alhamdulillah. Dah cukup puasa satu hari. Terima kasih Ya Allah kerana telah memberi aku peluang untuk berpuasa pada hari ini ! 

Okaylah.
Tu je untuk hari ni.
Tataa..
Assalamualaikum :)