Monday, July 23, 2012

First day at school in Ramadhan

Hai semua.
*Lambai tangan*
 
Okay !
Hari ni hari pertama sekolah dalam bulan Ramadhan.
So, Nadiah nak story sikit pasal aktiviti Nadiah kat sekolah.
 Nadiah sampai sekolah dalam pukul 7.00 pagi.
Hari ni ter-datang awal pulak.
Selalunya sampai sekolah dalam pukul 7.15 pagi
and boleh masuk sekolah sama-2 dengan crush.
See ! Lambatkan ?
Owh well ! Nadiah memang tak suka datang awal.
Tak tahu kenapa. Kalau datang awal rasa macam tak best sangat.
Hehe.. 

And then bila dah sampai terus duduk dalam barisan kelas.
Masa tu cuma Ain, Fatin and Lyna je yang dah sampai.
Diorang memang selalu datang awal.
Ni la contoh pelajar terbaik.
*Sila kembang sekarang*
Haha.

Sambil tunggu Hazimah, Novia and crush datang, Nadiah sempat berangan.
Tengok langit. Tengok semua ciptaan Allah.
SUBHANALLAH. Indah sangat.
Burung berterbangan. Angin yang bertiup lembut.
What a beautiful life.
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana membenarkan aku hidup
di atas duniamu yang sungguh indah ini dan menikmati segala
keindahan di dunia ini.

Lepas loceng dah berbunyi, Nadiah terus masuk kelas
and mulakan pembelajaran seperti biasa.
Pukul 9.50 pagi, masa untuk REHAT !
Tapi masa rehat tak turun bawah. Puasa lah katakan. Terus tak nak turun bawah. 
Takut tak boleh tahan tengok budak-2 non-muslim makan.
Hmm..
Rindu kat koperasi.
Rindu biskut lexus and air milo.
So, masa rehat tu pergi perpustakaan.
Masa on the way nak pergi perpustakaan try usha-2 kelas-2 kat atas dari bawah.
Manalah tahu ada crush Nadiah yang tersayang tu. Hehe..
Tapi... Bila dah usha-2 tu, dia tak ada. Haish ! Kenapalah dia tak ada.
*Hentak-2 kaki*

And then lepas masuk perpustakaan je...
Kawan Nadiah cakap
"Nadiah ! Berr ada kat sini."
Berr tu nama panggilan Mr. Hero, 
crush Nadiah yang tersayang tu.
Why berr ?
Hmm.. Entahlah. Kawan-2 Nadiah yang bagi nama tu. Ikut jelah.
Pastu cuba pusing kat tempat yang kawan Nadiah tunjuk tu.
Ya Allah. Dia memang ada kat perpuastakaan tu la. 
Pastu terus tersenyum, capai buku and duduk kat tempat yang disediakan
and yang paling penting tempat tu mesti mengadap crush. Hehe..

Actually, Nadiah tak baca buku langsung.
Nadiah just pegang buku tu tapi mata pandang crush Nadiah.
Terukkan ? Owh well !
Crush tu menarik perhatian sangat la
sampai-2 mata ni tak boleh berhenti pandang dia.
So, aktiviti Nadiah kat dalam perpustakaan tu just pandang crush.
Tak kisah la ada orang perasan yang Nadiah asyik tengok dia.
Semua tu tolak tepi.
 Yang penting dapat lepaskan rindu kat dia.
Haha.. 

And then, bila bunyi loceng terus keluar dari perpustakaan tu.
"Bye-2 berr ! I will miss you."
Sila lempang Nadiah sekarang.
Nadiah ni dah gedik tahap melampau tau.
Haha.. 

Bila dah masuk kelas mulut ni still tak berhenti tersenyum.
Senyum memanjang macam orang gila.
Happy sangat dapat tengok muka crush tu. Hehe..
 Sampai kat kelas terus mula perangai gila-2.
Ketawa dengan Hazimah tak henti-2 walaupun perut tengah lapar.
Hazimah lain sangat hari ni.
Asyik ketawa je. Mesti dah berjangkit dengan Nadiah ni. Haha..
Pastu tak habis-2 kacau orang terutama sekali Ain.
Sorry Ain. Kitaorang asyik kacau awak and gelakkan awak je
walaupun tak ada apa yang kelakar.
Sorry sangat-2 tau.

Tepat pukul 12.40 tengah hari, loceng berbunyi.
Yeah-2 ! Balik. *Dancing*

So, tu je story about first day at school in Ramadhan.
Tataa..
Assalamualaikum :)