Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Hai budak comel and budak handsome.
*Lambai tangan*

Esok bersamaan dengan 21 Julai 2012 kita semua dah mula berpuasa. Alhamdulillah. So, alang-2 nak berpuasa ni kan. Nadiah nak share sikit pasal puasa.
 
APA ITU PUASA ?
Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-2 yang membatalkan puasa.
Tempohnya bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat.
Niat tu paling penting kayy.
Niat tu antara rukun puasa selain menahan diri.
Kalau tak niat puasa tak sah tau.

NIAT PUASA
Dah niat ? 
Alhamdulillah.
Bagus-2.
*Thumbs up*

Sepanjang bulan Ramadhan,
pintu syurga akan dibuka dan pintu neraka akan ditutup.
So,
jom kita buat banyak amalan baik
sepanjang bulan Ramadhan ni.
Tak kiralah amalan yang wajib atau sunat.


HIKMAH BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
  • Menjana kekuatan rohani dan jasmani.
  • Melatih diri menjadi seorang yang penyabar dan ikhlas.
  • Menimbulkan perasaan keinsafan dan belas kasihan terhadap orang miskin.

 AZAM NADIAH SEPANJANG BULAN PUASA
  • Nak penuhkan solat wajib. Kalau boleh tak nak tinggal langsung.
  • Nak khatam Al-Quran.
  • Nak puasa penuh. Tapi apakan daya Nadiah kan perempuan. Bukan senang nak puasa penuh *Faham-2 jela*
  • Nak buat solat tarawih kalau ada masa lapang.
  • Lepas sahur tak nak tidur. Lepas sahur terus solat Subuh baca Al-Quran and study. Lagi pun exam dah nak dekat. Orang cakap kalau study pagi-2 senang nak masuk otak.
  • Selalu berdoa kepada Allah lepas solat. Doa untuk diri sendiri, mama, papa, family, kawan-2 and tak lupa juga untuk crush. Antara doa yang diterima oleh Allah ialah doa orang yang berpuasa. InsyaAllah semua doa kita sepanjang bulan Ramadhan ni akan dimakbulkan. Amin.
  Btw,
Nadiah nak minta maaf
kalau Nadiah ada buat salah dengan korang semua.
Terutama sekali,
mama, papa, kawan-2, crush Nadiah and semua orang di dunia ni.
Nadiah minta maaf sangat-2 !


Tataa..
Assalamualaikum..