Sunday, July 15, 2012

I'm single but my heart was taken !

Hai. Hai. Hai.
*Lambai tangan dengan senyuman yang sangat menawan*

Bak kata crush Nadiah..
Senyummu menawan, menawan..
Kau buat hatiku tertawan~
Haha.. Tu tipu je.
Please jangan percaya.

Btw,
hidup single ni memang best !
Kita bebas untuk berkawan dengan sesiapa je.
Tak ada siapa yang marah kalau kita rapat dengan lelaki lain.
Tapi hidup single ni pun bosan and selalu jealous.
Jealous ?
Yelah tengok pasangan couple bersweet-sweet kat TL Twitter and FB.
Kalau nak sweet-2 pun tak payah la depan orang-2 yang single ni.
Kami semua berasa sangat jealous. 
Please stop buat kami jealous.
*Acu senapang*


Okay !
Back to the point.
 Cuba tengok tajuk kat atas balik.
" I'M SINGLE BUT MY HEART WAS TAKEN "
Taken ?
Yup.
Ada orang dah berjaya curi hati Nadiah.
Siapa?
My crush la :)
Nama dia?
Tak payah bagi tahu kayy !
Malas la nak kecoh-2. 
Hehe..

Kali pertama Nadiah jumpa dengan dia..
NADIAH BENCI DIA.
Benci dia atas satu sebab.
Sebab yang sangat rahsia.
And then, ada kawan Nadiah cakap
" Dia handsome la "
Nadiah jawab
" Handsome? Please la. Biasa je kot.              lagi handsome... "
Haha..
Nadiah jahat?
Owh. Well !
*Flip tudung*
 
24 FEB 2012 ~ Nadiah cuba-2 lah IM dia kat FB. Tu pun sebab kawan Nadiah yang suruh. Sebab ada kawan Nadiah cakap dia SOMBONG. Dah IM tu, tunggu punya tunggu. Dia reply IM tu. Pastu tanya dia apa-2 soalan. Tapi masa tu tak dapat nak chat lama-2 dengan dia. Dia kena out dulu. So, perbualan Nadiah dengan dia tergantung kat situ je.
Esoknya pulak.. Dia ada message kat FB. Okay ! Nadiah nak buat satu pengakuan. Masa nampak nama dia tu.. Hati Nadiah rasa lain sangat. Jantung mula berdegup kencang. Rasa excited nak reply message dia tu. Nadiah rasa macam dah jatuh hati kat dia. Bak kata Najwa Latif..

Bertemu di muka buku,
Ku jatuh hati padamu,
Bukan tak nak mengaku,
Tapi hati rasa malu..
>,<

Tapi masa tu memang tolak jauh-2 perasaan tu. Kalau kawan-2 tahu confirm malu gila. Masa tu dah mengutuk dia tetiba nak cakap yang Nadiah jatuh hati kat dia. Memang nak minta pelempang la tu. So, pendam jela perasaan tu sorang-2.

5 MAC 2012 ~ Tarikh first time cakap face to face dengan dia. Masa tu Nadiah balik jalan kaki sorang-2. Okay! Memang tak boleh dinafikan. Gementar sangat-2 masa tu. Rasa macam nak pengsan je. Yelah. Tak pernah-2 cakap face to face ngan dia tetiba dia tegur Nadiah. Yang tak boleh lupa masa tu Nadiah dengan dia jalan dalam gerimis. Auww! So sweet. Romantik tau. Haha.. Memandangkan rumah Nadiah dengan dia dekat and satu jalan so dapatlah terserempak dengan dia. :)
Yang Nadiah ingat Nadiah pernah jalan kaki dengan dia 2 kali je. Kali kedua jalan dengan dia langsung tak berbual dengan dia. Malu nak tegur dia. Dia pun tak nak tegur Nadiah dulu sebab dia cakap dia nak tunggu Nadiah tegur dia dulu. Owh ! Boleh tahan ego juga dia tu. Sepatutnya lelaki kena start dulu tapi ni Nadiah pulak yang kena start dulu. Mana aci :P

Lepas tu Nadiah dengan dia start berhubung melalui telefon after dia minta number telefon Nadiah. Nadiah makin rapat dengan dia. Saat yang paling Nadiah suka masa FIRST TIME dia TEXT AND CALL Nadiah. Tapi masa call paling tak boleh blah. Tak tahu nak cakap apa. First time on the phone dengan dia. Seram dengar suara dia. Kalah suara papa Nadiah tau. Haha.. Tak delah. Suara dia okay-2 je. Nadiah je yang over excited. Masa call dengan dia suara bisik-2 je. Takut kacau adik tidur pulak. Hehe.. Lepas letak phone je tekup muka kat bantal and jerit puas-2. Pastu ketawa sorang-2 macam orang gila kat hospital mental.


Nadiah dengan dia selalu terserempak kat sekolah. Tapi tak pernah bertegur sapa. Selalunya senyum je. Tu pun kalau berani la. Pernah sekali tu Nadiah tengah kejar kawan Nadiah and tiba-2 dia muncul kat depan Nadiah. Ya Allah ! Macam nak tercabut je jantung ni. Nasib baik masa tu tak terjerit nama dia. Kalau terjerit nama dia masa tu confirm malu gila. Sometimes, bila dia lalu depan kelas mata tak boleh berhenti pandang dia and kawan-2 mesti cakap " EHEM. EHEM. NADIAH OH NADIAH ! " Lepas tu tersengih-sengih. Tak cukup dengan tu mesti ada suara batuk-2 and ada orang yang nyanyikan satu lagu. Rasa macam nak lempang-2 je muka korang tu. Haha.. Tak delah. Sayang korang. Lain kali buat lagi ye. :) Bila nampak dia dari jauh jantung mula berdegup kencang. Tak boleh duduk diam. Gelabah. 

Bila dia mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu,
Bila dia senyum pada diriku,
Hatiku rasa tak menentu..

Lagi satu, dialah crush Nadiah yang paling special. Nadiah tak pernah sayang crush lama Nadiah macam Nadiah sayangkan dia sekarang ni. Nadiah rasa lain sangat dengan dia. Nadiah selesa sangat dengan dia. Kalau Nadiah rindu dia Nadiah akan set gambar dia as wallpaper handphone. Gambar dia ? Gambar curi meyh. Curi dari laman sosial dia. Hehe.. And yang paling penting Nadiah akan berdoa kepada Allah :

" YA ALLAH ! SAMPAIKANLAH SALAM RINDUKU KEPADA              *nama penuh dia.
SEHINGGA AKU MENJADI KERINDUANNYA.
JIKA DIA ADALAH JODOHKU MAKA DEKATKANLAH HATIKU DENGAN HATINYA. BENARKAN AKU MENYAYANGINYA PADA JALANMU. 
JANGAN BIARKAN AKU LALAI TERHADAPMU. " 

Dear crush ! 
Walaupun kawan-2 saya cakap awak SKEMA.
Awak jalan macam orang tak BERMAYA.
Awak lari macam KANGAROO.
Muka awak BLURR.
and saya setuju dengan cakap dengan cakap diorang tu 
tapi semua tu buat awak nampak COMEL.
Seriously, COMEL SANGAT-2.
Dengan style awak yang skema tapi kemas tu.
Tak sama macam kawan-2 awak tu. Style serabut.
Rambut pacaklah. Please la.
Tak sesuai dengan muka dia tu. 
Awak tak sama macam kawan-2 awak yang suka control macho tu.
Awak jadi diri awak yang sebenar.
Awak lain sangat kalau dibandingkan dengan kawan-2 awak tu.


Dear crush ! Lagu ni untuk awak. Sorry saya tak boleh nyanyi untuk awak. Saya takut awak akan jatuh cinta dengan saya bila awak dengar suara saya nanti. Haha.. *Perasan*

I will always waiting for you.
I will always love you.
Kerana Allah saya sayangkan awak.
InsyaAllah :')

Okaylah.
Tu je nak story hari ni.
Tak nak la story lebih-2.
Nanti ada orang menyampah pulak.
Tataa..
Assalamualaikum..

p/s : Sayang awak Mr.Hero ! Sesiapa yang baca entry ni jangan benci Nadiah kayy. Nadiah just type apa yang Nadiah rasa. Peace (Y)