Monday, July 23, 2012

First day at school in Ramadhan

Hai semua.
*Lambai tangan*
 
Okay !
Hari ni hari pertama sekolah dalam bulan Ramadhan.
So, Nadiah nak story sikit pasal aktiviti Nadiah kat sekolah.
 Nadiah sampai sekolah dalam pukul 7.00 pagi.
Hari ni ter-datang awal pulak.
Selalunya sampai sekolah dalam pukul 7.15 pagi
and boleh masuk sekolah sama-2 dengan crush.
See ! Lambatkan ?
Owh well ! Nadiah memang tak suka datang awal.
Tak tahu kenapa. Kalau datang awal rasa macam tak best sangat.
Hehe.. 

And then bila dah sampai terus duduk dalam barisan kelas.
Masa tu cuma Ain, Fatin and Lyna je yang dah sampai.
Diorang memang selalu datang awal.
Ni la contoh pelajar terbaik.
*Sila kembang sekarang*
Haha.

Sambil tunggu Hazimah, Novia and crush datang, Nadiah sempat berangan.
Tengok langit. Tengok semua ciptaan Allah.
SUBHANALLAH. Indah sangat.
Burung berterbangan. Angin yang bertiup lembut.
What a beautiful life.
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana membenarkan aku hidup
di atas duniamu yang sungguh indah ini dan menikmati segala
keindahan di dunia ini.

Lepas loceng dah berbunyi, Nadiah terus masuk kelas
and mulakan pembelajaran seperti biasa.
Pukul 9.50 pagi, masa untuk REHAT !
Tapi masa rehat tak turun bawah. Puasa lah katakan. Terus tak nak turun bawah. 
Takut tak boleh tahan tengok budak-2 non-muslim makan.
Hmm..
Rindu kat koperasi.
Rindu biskut lexus and air milo.
So, masa rehat tu pergi perpustakaan.
Masa on the way nak pergi perpustakaan try usha-2 kelas-2 kat atas dari bawah.
Manalah tahu ada crush Nadiah yang tersayang tu. Hehe..
Tapi... Bila dah usha-2 tu, dia tak ada. Haish ! Kenapalah dia tak ada.
*Hentak-2 kaki*

And then lepas masuk perpustakaan je...
Kawan Nadiah cakap
"Nadiah ! Berr ada kat sini."
Berr tu nama panggilan Mr. Hero, 
crush Nadiah yang tersayang tu.
Why berr ?
Hmm.. Entahlah. Kawan-2 Nadiah yang bagi nama tu. Ikut jelah.
Pastu cuba pusing kat tempat yang kawan Nadiah tunjuk tu.
Ya Allah. Dia memang ada kat perpuastakaan tu la. 
Pastu terus tersenyum, capai buku and duduk kat tempat yang disediakan
and yang paling penting tempat tu mesti mengadap crush. Hehe..

Actually, Nadiah tak baca buku langsung.
Nadiah just pegang buku tu tapi mata pandang crush Nadiah.
Terukkan ? Owh well !
Crush tu menarik perhatian sangat la
sampai-2 mata ni tak boleh berhenti pandang dia.
So, aktiviti Nadiah kat dalam perpustakaan tu just pandang crush.
Tak kisah la ada orang perasan yang Nadiah asyik tengok dia.
Semua tu tolak tepi.
 Yang penting dapat lepaskan rindu kat dia.
Haha.. 

And then, bila bunyi loceng terus keluar dari perpustakaan tu.
"Bye-2 berr ! I will miss you."
Sila lempang Nadiah sekarang.
Nadiah ni dah gedik tahap melampau tau.
Haha.. 

Bila dah masuk kelas mulut ni still tak berhenti tersenyum.
Senyum memanjang macam orang gila.
Happy sangat dapat tengok muka crush tu. Hehe..
 Sampai kat kelas terus mula perangai gila-2.
Ketawa dengan Hazimah tak henti-2 walaupun perut tengah lapar.
Hazimah lain sangat hari ni.
Asyik ketawa je. Mesti dah berjangkit dengan Nadiah ni. Haha..
Pastu tak habis-2 kacau orang terutama sekali Ain.
Sorry Ain. Kitaorang asyik kacau awak and gelakkan awak je
walaupun tak ada apa yang kelakar.
Sorry sangat-2 tau.

Tepat pukul 12.40 tengah hari, loceng berbunyi.
Yeah-2 ! Balik. *Dancing*

So, tu je story about first day at school in Ramadhan.
Tataa..
Assalamualaikum :)










Sunday, July 22, 2012

Kelebihan solat tarawih

Hai semua.
Malam ni Nadiah nak share dengan korang semua
about kelebihan solat tarawih.
 
Solat tarawih pada malam pertama
Diampuni dosanya sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
 
Solat tarawih pada malam kedua
Diampuni dosanya dan dosa kedua ibu bapanya.
 
Solat tarawih pada malam ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Solat tarawih pada malam keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Solat tarawih pada malam kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Solat tarawih pada malam keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Solat tarawih pada malam ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Solat tarawih pada malam kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Solat tarawih pada malam kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Solat tarawih pada malam kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Solat tarawih pada malam kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Solat tarawih pada malam keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Solat tarawih pada malam ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Solat tarawih pada malam keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Solat tarawih pada malam kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Solat tarawih pada malam keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Solat tarawih pada malam ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Solat tarawih pada malam kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Solat tarawih pada malam kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Solat tarawih pada malam keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Solat tarawih pada malam keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Solat tarawih pada malam keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Solat tarawih pada malam keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Solat tarawih pada malam meduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Solat tarawih pada malam keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Solat tarawih pada malam keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Solat tarawih pada malam keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Solat tarawih pada malam keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Solat tarawih pada malam keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Solat tarawih pada malam ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Jom kita tunaikan solat tarawih sama-sama.



Okaylah.
Itu je untuk malam ni.
Tataa..
Assalamualaikum :)





Saturday, July 21, 2012

First day in Ramadhan

Hai budak awesome sekalian.
Alhamdulillah.
Nadiah dapat berpuasa satu hari tanpa sebarang halangan.
Korang semua macam mana ?
Puasa penuh tak hari ni ?

Malam ni Nadiah nak share dengan korang semua
about aktiviti yang Nadiah buat sepanjang satu hari berpuasa ni.
 
5.00 pagi ~ Bangun sahur. Check handphone. Mana la tau ada text daripada crush yang tersayang macam malam tadi. Tapi.. Hampa. Kecewa. Patah seribu. Patah sejuta. Semua adalah. Tak ada text daripada dia. Hmm.. Tak apa. Mungkin dia tak sempat nak text Nadiah. Lepas tu terus gosok gigi and basuh muka. Duduk kat meja makan. Dengan mata yang masih mengantuk nampak makanan. Ada nasi putih satu pinggan, ikan sardin, sayur kubis goreng, telur goreng and lain-2. Okay. Tu makanan untuk sahur pagi tadi. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya ada makanan untuk sahur daripada tak ada langsung. Betul tak ? Lepas habis makan tengok TV cerita JEJAK RASUL kat TV3, solat Subuh and then campak badan atas katil. Ahh... Nikmatnya. Pastu terus tertidur. Habis azam nak study lepas Subuh terbantut macam tu je.

9.00 pagi ~ Najwa Latif and Sleeq kejutkan Nadiah dengan nyanyi lagu "Untuk Dia". Najwa Latif and Sleeq ? Ringtone alarm handphone Nadiah la. Hehe.. Pastu terus bangun, gosok gigi, mandi. Dah siap mandi terus tengok TV. Layan cerita kartun. And then ,tolong mama buat kerja rumah sikit-2 and siapkan homework Sejarah. See! Betapa rajinnya Nadiah. Haha.. Tak delah. Tetiba ada mood nak buat Sejarah. So, buat jelah.

Dah siap buat homework Sejarah terus on lappy. Bukak Twitter. Tengok-2 TL Twitter. Stalk Twitter crush. Dah penat stalk terus sign out. Pastu bukak blog Nadiah yang tercinta ni. And then ber- blogwalking bermula dari blog akak ieka farhana, blog lyna and semua blog yang Nadiah suka stalk. Bila dah bosan, bukak Youtube. Dengar lagu favourite. Tak lama kemudian, adik Nadiah ambil alih lappy ni.
 
12.00 tengah hari ~ Kebosanan mulai melanda diri. Perut dah mula berkeroncong lagu apa entah. Macam lagu dangdut pun ada. Lapar~ Masa lapar tu, duduk diam-2. Selak-2 buku sekolah. Baca bab yang best je. 
 
2.00 petang ~ Mama ajak pergi Angsana. Nak shopping. Yeay-2. Pergi shopping. *Dancing* Bosanlah duduk kat rumah. Dahlah tengah lapar. And then, dah sampai Angsana terus shopping puas-2. Buang rasa lapar tu jauh-2.
 
6.00 petang ~ Balik dari Angsana terus singgah Mc Donald. Mama cakap hari ni buka puasa makan Mc Donald je. Tak sempat nak masak kat rumah. Okay. Tak apa. Tak kisah pun. Mc Donald tu pun dah lebih dari cukup. Hehe..
 
Dah sampai rumah terus siap-2 nak berbuka. Bila azan Maghrib berkumandang, masing-2 dah mula tersenyum gembira. Alhamdulillah. Dah cukup puasa satu hari. Terima kasih Ya Allah kerana telah memberi aku peluang untuk berpuasa pada hari ini ! 

Okaylah.
Tu je untuk hari ni.
Tataa..
Assalamualaikum :) 


Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

Hai budak comel and budak handsome.
*Lambai tangan*

Esok bersamaan dengan 21 Julai 2012 kita semua dah mula berpuasa. Alhamdulillah. So, alang-2 nak berpuasa ni kan. Nadiah nak share sikit pasal puasa.
 
APA ITU PUASA ?
Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-2 yang membatalkan puasa.
Tempohnya bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat.
Niat tu paling penting kayy.
Niat tu antara rukun puasa selain menahan diri.
Kalau tak niat puasa tak sah tau.

NIAT PUASA
Dah niat ? 
Alhamdulillah.
Bagus-2.
*Thumbs up*

Sepanjang bulan Ramadhan,
pintu syurga akan dibuka dan pintu neraka akan ditutup.
So,
jom kita buat banyak amalan baik
sepanjang bulan Ramadhan ni.
Tak kiralah amalan yang wajib atau sunat.


HIKMAH BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
  • Menjana kekuatan rohani dan jasmani.
  • Melatih diri menjadi seorang yang penyabar dan ikhlas.
  • Menimbulkan perasaan keinsafan dan belas kasihan terhadap orang miskin.

 AZAM NADIAH SEPANJANG BULAN PUASA
  • Nak penuhkan solat wajib. Kalau boleh tak nak tinggal langsung.
  • Nak khatam Al-Quran.
  • Nak puasa penuh. Tapi apakan daya Nadiah kan perempuan. Bukan senang nak puasa penuh *Faham-2 jela*
  • Nak buat solat tarawih kalau ada masa lapang.
  • Lepas sahur tak nak tidur. Lepas sahur terus solat Subuh baca Al-Quran and study. Lagi pun exam dah nak dekat. Orang cakap kalau study pagi-2 senang nak masuk otak.
  • Selalu berdoa kepada Allah lepas solat. Doa untuk diri sendiri, mama, papa, family, kawan-2 and tak lupa juga untuk crush. Antara doa yang diterima oleh Allah ialah doa orang yang berpuasa. InsyaAllah semua doa kita sepanjang bulan Ramadhan ni akan dimakbulkan. Amin.
  Btw,
Nadiah nak minta maaf
kalau Nadiah ada buat salah dengan korang semua.
Terutama sekali,
mama, papa, kawan-2, crush Nadiah and semua orang di dunia ni.
Nadiah minta maaf sangat-2 !


Tataa..
Assalamualaikum..


Monday, July 16, 2012

I'm sorry !

Hai semua.
Post hari ni khas untuk seseorang.
Hai budak yang akan di-story dalam post malam ni.
Aku harap kau akan baca sampai habis kayy.
 
 First sekali,
aku lega sangat-2 sebab kau dah berbaik dengan Fatin, Lyna and Ain.
Aku happy sangat-2 bila korang semua dah berbaik semula.

Aku pun nak minta maaf dengan kau jugak.
*Itu pun kalau kau tak tahu yang aku terlibat dalam surat yang kitaorang bagi.*
Aku tahu aku dah banyak buat salah kat kau.
Sebab aku korang semua putus kawan.
Semua salah aku.
 
 Hmm..
Sebenarnya,
aku dah lama nak minta maaf dengan kau.
Tapi ego aku memang tinggi.
Aku tak nak minta maaf dulu.
Okay !
Aku memang ego.
Aku tahu.
Itu memang perangai aku.
 
Hari ni 16-7-2012,
aku, Lyna, Fatin and Ain dah berpakat nak minta maaf dengan kau.
Seriously,
kitaorang memang malu gila nak minta maaf dengan kau.
Tapi memandangkan bulan Ramadhan dah nak dekat
so kitaorang ambil keputusan nak minta maaf dengan kau
secepat yang mungkin dengan hantar surat kat kau.
Mungkin bagi kau kitaorang semua penakut.
Minta maaf melalui surat.
Macam orang bercinta pun ada jugak.
Haha..
 
Actually,
kitaorang memang penakut.
Takut nak minta maaf secara face to face dengan kau.
Tak tahu kenapa.
Mungkin sebab dah lama tak bertegur sapa dengan kau.
 But trust us,
kitaorang semua memang betul-2 nak minta maaf dengan kau.
Kitaorang menyesal gila tahu tak.
Terutama sekali aku "NADIAH IZZATI"
Aku rasa aku paling banyak sakitkan hati kau.
Aku paling banyak buat salah dengan kau.
Aku minta maaf sangat-2.
 
Btw, 
thanks sebab pernah jadi someone special dalam
hidup aku walaupun sekejap.
Aku appreciate sangat-2.
Thanks untuk semua sweet moments yang kau pernah bagi kat aku.
 Thanks for everything.

Aku harap lepas ni kita berdua boleh jadi kawan balik.
Bukan kawan biasa.
Tapi kawan baik.
Boleh kan?

Okay !
Surat yang aku, Lyna, Fatin and Ain bagi tadi,
aku akan simpan sebagai kenangan.
Aku rasa macam sweet jugak la.
Minta maaf melalui surat.
Sekarang ni orang guna handphone, FB, Twitter
tapi kitaorang guna surat.
Kan luar biasa tu.
Tak pernah dibuat orang zaman sekarang.
Haha..

Surat daripada kitaorang semua.
 
 Surat yang kau balas.

My last words,
hope kau sudi maafkan aku.
And aku harap lepas ni kita semua takkan gaduh-2 lagi kayy..

Tataa..
Assalamualaikum.
 Just for you,
>CAPITAL MSR<


From,
Budak yang banyak buat salah kat kau

 
 


Sunday, July 15, 2012

I'm single but my heart was taken !

Hai. Hai. Hai.
*Lambai tangan dengan senyuman yang sangat menawan*

Bak kata crush Nadiah..
Senyummu menawan, menawan..
Kau buat hatiku tertawan~
Haha.. Tu tipu je.
Please jangan percaya.

Btw,
hidup single ni memang best !
Kita bebas untuk berkawan dengan sesiapa je.
Tak ada siapa yang marah kalau kita rapat dengan lelaki lain.
Tapi hidup single ni pun bosan and selalu jealous.
Jealous ?
Yelah tengok pasangan couple bersweet-sweet kat TL Twitter and FB.
Kalau nak sweet-2 pun tak payah la depan orang-2 yang single ni.
Kami semua berasa sangat jealous. 
Please stop buat kami jealous.
*Acu senapang*


Okay !
Back to the point.
 Cuba tengok tajuk kat atas balik.
" I'M SINGLE BUT MY HEART WAS TAKEN "
Taken ?
Yup.
Ada orang dah berjaya curi hati Nadiah.
Siapa?
My crush la :)
Nama dia?
Tak payah bagi tahu kayy !
Malas la nak kecoh-2. 
Hehe..

Kali pertama Nadiah jumpa dengan dia..
NADIAH BENCI DIA.
Benci dia atas satu sebab.
Sebab yang sangat rahsia.
And then, ada kawan Nadiah cakap
" Dia handsome la "
Nadiah jawab
" Handsome? Please la. Biasa je kot.              lagi handsome... "
Haha..
Nadiah jahat?
Owh. Well !
*Flip tudung*
 
24 FEB 2012 ~ Nadiah cuba-2 lah IM dia kat FB. Tu pun sebab kawan Nadiah yang suruh. Sebab ada kawan Nadiah cakap dia SOMBONG. Dah IM tu, tunggu punya tunggu. Dia reply IM tu. Pastu tanya dia apa-2 soalan. Tapi masa tu tak dapat nak chat lama-2 dengan dia. Dia kena out dulu. So, perbualan Nadiah dengan dia tergantung kat situ je.
Esoknya pulak.. Dia ada message kat FB. Okay ! Nadiah nak buat satu pengakuan. Masa nampak nama dia tu.. Hati Nadiah rasa lain sangat. Jantung mula berdegup kencang. Rasa excited nak reply message dia tu. Nadiah rasa macam dah jatuh hati kat dia. Bak kata Najwa Latif..

Bertemu di muka buku,
Ku jatuh hati padamu,
Bukan tak nak mengaku,
Tapi hati rasa malu..
>,<

Tapi masa tu memang tolak jauh-2 perasaan tu. Kalau kawan-2 tahu confirm malu gila. Masa tu dah mengutuk dia tetiba nak cakap yang Nadiah jatuh hati kat dia. Memang nak minta pelempang la tu. So, pendam jela perasaan tu sorang-2.

5 MAC 2012 ~ Tarikh first time cakap face to face dengan dia. Masa tu Nadiah balik jalan kaki sorang-2. Okay! Memang tak boleh dinafikan. Gementar sangat-2 masa tu. Rasa macam nak pengsan je. Yelah. Tak pernah-2 cakap face to face ngan dia tetiba dia tegur Nadiah. Yang tak boleh lupa masa tu Nadiah dengan dia jalan dalam gerimis. Auww! So sweet. Romantik tau. Haha.. Memandangkan rumah Nadiah dengan dia dekat and satu jalan so dapatlah terserempak dengan dia. :)
Yang Nadiah ingat Nadiah pernah jalan kaki dengan dia 2 kali je. Kali kedua jalan dengan dia langsung tak berbual dengan dia. Malu nak tegur dia. Dia pun tak nak tegur Nadiah dulu sebab dia cakap dia nak tunggu Nadiah tegur dia dulu. Owh ! Boleh tahan ego juga dia tu. Sepatutnya lelaki kena start dulu tapi ni Nadiah pulak yang kena start dulu. Mana aci :P

Lepas tu Nadiah dengan dia start berhubung melalui telefon after dia minta number telefon Nadiah. Nadiah makin rapat dengan dia. Saat yang paling Nadiah suka masa FIRST TIME dia TEXT AND CALL Nadiah. Tapi masa call paling tak boleh blah. Tak tahu nak cakap apa. First time on the phone dengan dia. Seram dengar suara dia. Kalah suara papa Nadiah tau. Haha.. Tak delah. Suara dia okay-2 je. Nadiah je yang over excited. Masa call dengan dia suara bisik-2 je. Takut kacau adik tidur pulak. Hehe.. Lepas letak phone je tekup muka kat bantal and jerit puas-2. Pastu ketawa sorang-2 macam orang gila kat hospital mental.


Nadiah dengan dia selalu terserempak kat sekolah. Tapi tak pernah bertegur sapa. Selalunya senyum je. Tu pun kalau berani la. Pernah sekali tu Nadiah tengah kejar kawan Nadiah and tiba-2 dia muncul kat depan Nadiah. Ya Allah ! Macam nak tercabut je jantung ni. Nasib baik masa tu tak terjerit nama dia. Kalau terjerit nama dia masa tu confirm malu gila. Sometimes, bila dia lalu depan kelas mata tak boleh berhenti pandang dia and kawan-2 mesti cakap " EHEM. EHEM. NADIAH OH NADIAH ! " Lepas tu tersengih-sengih. Tak cukup dengan tu mesti ada suara batuk-2 and ada orang yang nyanyikan satu lagu. Rasa macam nak lempang-2 je muka korang tu. Haha.. Tak delah. Sayang korang. Lain kali buat lagi ye. :) Bila nampak dia dari jauh jantung mula berdegup kencang. Tak boleh duduk diam. Gelabah. 

Bila dia mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu,
Bila dia senyum pada diriku,
Hatiku rasa tak menentu..

Lagi satu, dialah crush Nadiah yang paling special. Nadiah tak pernah sayang crush lama Nadiah macam Nadiah sayangkan dia sekarang ni. Nadiah rasa lain sangat dengan dia. Nadiah selesa sangat dengan dia. Kalau Nadiah rindu dia Nadiah akan set gambar dia as wallpaper handphone. Gambar dia ? Gambar curi meyh. Curi dari laman sosial dia. Hehe.. And yang paling penting Nadiah akan berdoa kepada Allah :

" YA ALLAH ! SAMPAIKANLAH SALAM RINDUKU KEPADA              *nama penuh dia.
SEHINGGA AKU MENJADI KERINDUANNYA.
JIKA DIA ADALAH JODOHKU MAKA DEKATKANLAH HATIKU DENGAN HATINYA. BENARKAN AKU MENYAYANGINYA PADA JALANMU. 
JANGAN BIARKAN AKU LALAI TERHADAPMU. " 

Dear crush ! 
Walaupun kawan-2 saya cakap awak SKEMA.
Awak jalan macam orang tak BERMAYA.
Awak lari macam KANGAROO.
Muka awak BLURR.
and saya setuju dengan cakap dengan cakap diorang tu 
tapi semua tu buat awak nampak COMEL.
Seriously, COMEL SANGAT-2.
Dengan style awak yang skema tapi kemas tu.
Tak sama macam kawan-2 awak tu. Style serabut.
Rambut pacaklah. Please la.
Tak sesuai dengan muka dia tu. 
Awak tak sama macam kawan-2 awak yang suka control macho tu.
Awak jadi diri awak yang sebenar.
Awak lain sangat kalau dibandingkan dengan kawan-2 awak tu.


Dear crush ! Lagu ni untuk awak. Sorry saya tak boleh nyanyi untuk awak. Saya takut awak akan jatuh cinta dengan saya bila awak dengar suara saya nanti. Haha.. *Perasan*

I will always waiting for you.
I will always love you.
Kerana Allah saya sayangkan awak.
InsyaAllah :')

Okaylah.
Tu je nak story hari ni.
Tak nak la story lebih-2.
Nanti ada orang menyampah pulak.
Tataa..
Assalamualaikum..

p/s : Sayang awak Mr.Hero ! Sesiapa yang baca entry ni jangan benci Nadiah kayy. Nadiah just type apa yang Nadiah rasa. Peace (Y)







Saturday, July 14, 2012

To NurHazlina Desiyanti !

Hai semua.
*Lambai tangan*
Hmm.. 
Semalam Nadiah tengok-2 blog kawan Nadiah >Lyna<
And then, terbaca satu post kat blog dia.
"THANKS FOR EVERYTHING MR. SUPERMAN"

Okay !
Terkejut gila bila baca post tu.
Rupa-rupanya Lyna nak lupakan crush dia a.k.a. Mr. Superman dia.
Dia cakap dia nak lupakan Mr. Superman sebab
ada kawan kitorang cakap maybe Mr. Superman tu dah ada couple.
Masa tu dia ambil gambar dengan seorang budak perempuan
satu kelas dengan dia.
Pendapat Nadiah, maybe perempuan tu just best friend dia.
Who knows right?
Patutnya kena siasat dulu.

Hmm..
Kalau betul Lyna nak lupakan dia.
Maknanya lepas ni,
dah tak boleh nak cerita pasal crush ngan Lyna.
Tak nak buat dia teringat-ingat ngan Ex-crush dia tu
and buat dia sedih.

Tapikan Lyna..
Bukan ke masa tu awak dah janji?
Awak nak kuatkan semangat awak.
Awak nak pertahankan perasaan sayang awak kat dia.
sama macam Nadiah pertahankan perasaan sayang Nadiah kat Mr. Hero. 
 Tapi awak dah berputus asa dulu.
Tak apalah awak.
Semua keputusan ada kat tangan awak.
I just can accept all your desicion.

My last words for you..
Awak mesti kuat. InsyaAllah awak akan
jumpa orang yang lebih baik daripada
dia. I will pray the best for you.

Okaylah.
Tu je untuk hari ni.
Tataa..
Assalamualaikum.